Export Malaysia Melonjak 20.6% – Apa Kata Tony Pua - pakdin.my

Angka perdagangan luar April 2017 baru sahaja dikeluarkan hari ini. Eksport Malaysia meningkat 20.6% pada bulan April, sekali lagi pertumbuhan dua angka.

Masih menunggu Tony Pua mengulas selepas berdiam diri sudah lebih 6 bulan.

*Apa komen Tony Pua sekarang tentang ekspot negara?*

Imbas kembali pada Oktober 2016:

DAP, Tony Pua berkata, Malaysia adalah “Bukan lagi sebuah kuasa eksport” dan pertumbuhan eksport tidak baik walaupun mata wang yang lemah.

“Pertumbuhan pesat yang dijangka dalam eksport dan aktiviti perkilangan akibat susut nilai berterusan ringgit itu tidak menjadi kenyataan.

Sama ada tidak ada yang mahu membeli lebih banyak produk Malaysia, walaupun ianya adalah jauh lebih murah, atau lebih masuk akal, perniagaan dan pelabur tidak melabur dalam kapasiti pengeluaran tambahan di Malaysia kerana mereka telah hilang kepercayaan di negara ini.” Kata Tony.

Sejak Tony berkata demikian, eksport meningkat 7.8% pada bulan November, 10.7% pada bulan Disember dan harapan bahawa ia akan meningkat lebih jauh pada unjuran pertumbuhan sebanyak 13.6% pada bulan Januari.

Pada bulan Februari 2017, eksport kita melonjak yang mengejutkan 26.5% rekod perdagangan yang tertinggi pernah dicatatkan bagi Malaysia.

Pada Mac 2017 pertumbuhan eksport dilaporkan pada 24.1% dan melepasi paras RM80 bilion dalam pendapatan buat kali pertama dalam sejarah.

Hari ini, telah diumumkan bahawa eksport April 2017 meningkat 20.6%.

Jadi, apakah komen Tony Pua sekarang?

Atau Tony Pua akan berdiam diri dan tidak mengambil tanggungjawab atas kenyataan beliau 7 bulan yang lalu?

http://www.theedgemarkets.com/en/article/malaysias-jan-exports-seen-rising-fastest-pace-oct-2015?type=Corporate

Malaysia’s Nov exports surge 7.8 pct y/y, more than forecast

http://www.reuters.com/article/malaysia-economy-trade-idUSK7N12N01H

Malaysia’s Dec exports up 10.7 pct, beat forecast

http://www.reuters.com/article/malaysia-economy-trade-idUSL4N1FT2MA

Malaysia Jan exports surge 13.6 percent y/y, fastest in more than a year

http://www.reuters.com/article/malaysia-economy-trade-idUSL3N1GG1PR

Malaysia’s Feb exports, imports rise at fastest y/y pace since 2010

http://www.reuters.com/article/malaysia-economy-trade-idUSL3N1HD0O8

Exports skyrocket in March, breaching RM80 billion mark for first time in history

http://www.nst.com.my/business/2017/05/236627/exports-skyrocket-march-breaching-rm80-billion-mark

Malaysia’s April exports surge 20.6% to RM73.79bil

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/06/05/malaysias-april-exports-surge-20-6pc-to-rm73-79bil/

UTAMAEKONOMIExport Malaysia Melonjak 20.6% - Apa Kata Tony Pua

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium