Penerbangan Malaysia MH725 Pecah Tayar Apabila Melakukan 'Hard Landing' Di Jakarta

Penerbangan Malaysia MH725 Pecah Tayar Apabila Melakukan ‘Hard Landing’ Di Jakarta

Malaysia Airlines (MAB) mengesahkan bahawa penerbangan MH725 mengalami kerosakan tayar apabila mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta dalam keadaan hujan lebat pada hari Selasa.

Dalam satu kenyataan di Facebook, syarikat penerbangan itu berkata semua penumpang dan anak kapal mendarat dengan selamat tanpa kecederaan.

Pada masa ini, syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memberi bantuan dan memastikan kebajikan penumpang dan anak kapal.

Penerbangan pulang, MH724 dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang dijadual berlepas pada 7.50 malam hari ini juga dibatalkan.

Syarikat penerbangan itu berkata penumpang akan berlepas semula dengan penerbangan lain.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik ‘crabbing’ dapat perhatian dunia

Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami