UtamaPOLITIKPerdana Menteri Ke-7 Tetap...

Perdana Menteri Ke-7 Tetap Milik BN - pakdin.my

#BNTetapPMKe7   #PMKe7TetapMilikBN

Sia-sia saja Pakatan Harapan (PH) bertelagah sesama sendiri untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri sekiranya mereka menang PRU14. Ini kerana, potensi untuk PH menang dalam PRU14 adalah tipis.

Buktinya, baru-baru ini Bekas Pesuruhajaya Tinggi Singapura ke Malaysia mendakwa prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah lebih baik berbanding sewaktu PRU13 lalu.

Menyentuh soal ekonomi dan prestasi Malaysia dibawah pemerintahan BN, Selena Ling menjelaskan ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib berjaya mencapai setiap sasarannya.

Katanya, Malaysia telah berjaya mencatat kadar pertumbuhan tinggi, nilai inflasi rendah dan pelaburan langsung asing yang stabil. Ini menjadi faktor terpenting kepercayaan rakyat terhadap ‘track record’ BN memerintah negara untuk penggal-penggal berikutnya.

Keadaan ini turut menunjukkan bahawa, majoriti rakyat tidak mudah berganjak untuk memilih BN sebagai pemerintah, termasuklah bagi PRU berikutnya. Ramalan pelbagai pakar jelas memberitahu bahawa pemimpin BN tetap akan menjadi Perdana Menteri ke 7 suatu hari nanti.

Ini bukan kali pertama ramalan sebegitu dibuat bahawa BN akan terus menang pada PRU14. Financial Times pada 4 Januari 2017 juga menyatakan “Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihanraya umum akan datang”.

The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.

14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama “bank yang terlalu besar” dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.

Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.

Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.

Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.

Pembangkang hari ini gagal selesaikan lagi isu siapa calon PM. Sudah beberapa kali mesyuarat, bermula dari mesyuarat yang dipengerusikan Mat Sabu hinggalah 9 Jun lepas, masih lagi buntu siapa calon PM.

Mahathir mahu jadi PM sementara. Wan Azizah mahu jadi PM sementara. Mukhriz dan Anwar dijadikan calon PM yang kekal oleh PPBM dan PKR. Namun kuasa pemutus di tangan DAP, silap silap Mat Sabu pulak jadi calon mereka.

Harus diingat, Pakatan Harapan hari ini yang dikuasai oleh DAP dan PKR hanyalah membentuk 36.1%  undi rakyat. Dalam PRU13, DAP mendapat 15.71% undi dan PKR mendapat 20.39% undi. Pakatan Harapan sudah hilang 14.78% undi dari PAS.

PAN hanya bawa kekuatan 6 kerusi sahaja . Tidak membawa seluruh kekuatan 14.78% seperti dalam PRU13. PPBM lagilah tiada kekuatan, jumlah ahli pun enggan diumumkan. Inilah punca PH akan tumbang pada PRU14.

Memang benarlah, tidak payah susah susah pecah kepala buat logo dan pilih siapa calon PM bagi Pakatan Harapan kerana PM Malaysia yang ke 7 akan tetap jadi milik Barisan Nasional.

#BNTetapPMKe7   #PMKe7TetapMilikBN

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...