Forum 'Nothing To Hide 2.0' Bertukar Menjadi Forum 'Everything To Hide'

FORUM ‘NOTHING TO HIDE 2.0’ BERTUKAR MENJADI FORUM ‘EVERYTHING TO HIDE’

Kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri

14 Ogos 2017

1. Forum ‘Nothing to Hide 2.0’ dianjurkan dan diuruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan dihadiri oleh kepimpinan dan penyokongnya. PPBM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap acara itu, jadi untuk menyalahkan kejadian huru-hara itu ke atas UMNO adalah percubaan oleh pembangkang untuk menutup tindakan tanpa rasa malu oleh anggota-anggotanya sendiri.

2. Hakikatnya adalah penyokong pembangkang yang hadir kecewa dengan ketidakupayaan Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan di forum itu mengenai skandal semasa pentadbirannya, seperti tindakan beliau memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembunuhan Memali. Forum ‘Nothing to Hide 2.0’ itu sebaliknya bertukar menjadi forum ‘Everything to Hide’.

3. Seperti yang diketahui semua, dan seperti yang jelas dilihat pada acara itu, Pakatan Harapan pada asasnya telah terbahagi. Apa lagi yang boleh diharapkan dari pakatan yang telah bergabung atas perkahwinan yang hanya berlandaskan kelebihan yang diberi oleh bekas-bekas musuh yang pernah melakukan segala-galanya yang termampu untuk memusnahkan satu sama lain untuk beberapa dekad.

4. Tuduhan liar yang menyalahkan UMNO dan Perdana Menteri oleh Dato’ Seri Azmin Ali dan pemimpin Pakatan yang lain adalah palsu, melulu dan tidak sepatutnya dilakukan. Ia jelas adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian dari perpecahan PPBM, dan merupakan satu lagi contoh cara politik pembangkang untuk mewujudkan kebencian dan kemarahan terhadap kerajaan pada setiap peluang yang ada.

5. Sekiranya Pakatan tidak dapat menganjurkan forum sendiri tanpa kekacauan, kita hanya dapat membayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada Malaysia. Ianya jelas bahawa negara akan ditimpa bencana jika pembangkang yang diketuai oleh DAP mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang.

6. Pihak berkuasa akan menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kerajaan ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...