RCI Skandal FOREX: Enggan Hilang Jawatan, Anwar Rahsiakan Skandal BNM - pakdin.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim maklum mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kata bekas penolong gabenor.

Datuk Abdul Murad Khalid berkata bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu mengarahkan ia dirahsiakan selepas perkara berkenaan dimaklumkan kepada bekas gabenor Tan Sri Jaffar Hussein.

Katanya, Anwar kemudian menjemput untuk menyertai lawatannya ke Hawaii, Amerika Syarikat bagi menjelaskan isu tersebut.

“Anwar menjemput saya untuk bersama penerbangannya ke Hawaii bagi menjelaskan kerugian mata wang asing seperti diarahkan Jaffar.

“Saya menjelaskan kepada Anwar dan beliau faham tentang kerugian itu dan akan berbincang dengan Jaffar.

“Anwar berkata jika kerugian sebenar didedahkan kepada umum, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai menteri kewangan,” katanya.

Murad memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diadakan di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Anwar merupakan menteri kewangan ketika skandal kerugian urus niaga mata wang asing tersebut.

 

UTAMABERITARCI Skandal FOREX: Enggan Hilang Jawatan, Anwar Rahsiakan Skandal BNM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium