BERITAPOLITIKPolitweet: Populariti BN Di Facebook Naik Hampir Seganda

Politweet: Populariti BN Di Facebook Naik Hampir Seganda

Seramai 5.8 juta pengguna Facebook di Malaysia berusia 21 tahun ke atas, cenderung kepada BN.
Ia hampir seganda daripada 3.1 juta pengguna yang menyokong parti pembangkang pada Julai, kata kajian firma penyelidikan media sosial, Politweet.
Kajian badan itu menyebut, sebanyak 3.3 juta atau 51.6 peratus daripada 6.4 juta pengguna Facebook berusia 21 tahun ke atas, berminat dengan BN.
Sebanyak 600,000 pengguna atau 9.4 peratus)pula secara khususnya menyokong parti pembangkang.
Kira-kira 2.5 juta pengguna atau 39.1 peratus menyatakan sokongan bercampur antara pembangkang dan BN.
Julai lalu, Umno mendapat sokongan tertinggi iaitu 4.4 juta pengguna atau 68.8 peratus daripada 6.4 juta pengguna di Malaysia.
Ia diikuti PKR dengan 1.8 juta pengguna (28.1 peratus), DAP dengan 1.3 juta (20.3 peratus), PAS dengan 950,000 pengguna (14.8 peratus).
MCA pula mencatat 740,000 pengguna (11.6 peratus), Gerakan dengan 150,000 pengguna (2.34 peratus) dan terakhir MIC dengan 81,000 pengguna (1.3 peratus).
Daripada jumlah 6.4 juta pengguna, 56.3 peratus adalah lelaki, selebihnya perempuan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami