Seleweng Dana RM1.5b: SPRM Panggil Shafie Apdal - pakdin.my

SPRM tidak peduli semua menyerang mereka secara peribadi. Mereka masih terus melakukan kerja mereka.

Shafeie dipanggil untuk soalsiasat oleh SPRM pada 3 petang di Kota Kinabalu.

Sekiranya SPRM mengikut prosedur biasa seperti apa yang mereka lakukan terhadap adik dan anak saudaranya, maka shafie boleh ditahan semalaman dan kemudian ditahan reman semula esok.

*****************

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar negeri itu berjumlah RM1.5 bilion.

Shafie dilaporkan akan terbang ke Kota Kinabalu hari ini untuk bertemu dengan SPRM petang ini.

Difahamkan Shafie akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar jam 3 petang ini. Sebuah program oleh sayap parti Warisan, Wirawati (Puteri) dibatalkan kerana beliau terpaksa menghadiri sesi soal jawab tersebut.

Hari ini, adiknya Hamid Apdal dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes yang sama dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta 2 orang penjamin.

Menantu Hamid juga dijangka dibebaskan hari ini, manakala seorang lagi adik Shafie iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal kini masih ditahan reman.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan bermula 3 minggu lalu.

UTAMABERITASeleweng Dana RM1.5b: SPRM Panggil Shafie Apdal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium