Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKAmar Makruf Nahi Mungkar...

Amar Makruf Nahi Mungkar Apabila Bersama Dengan DAP Dan Peliwat - pakdin.my

Ayat ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ adalah satu ungkapan ayat suci Al-Quran yang bermaksud ‘mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran’.

Mengajak kebaikan bermakna mengajak manusia mentaati Allah dan mencegah kemungkaran bermaksud menghalang manusia daripada melakukan perkara maksiat.

Namun semalam, Amar Makruf Nahi Mungkar telah diungkapkan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau memberikan nasihat kepada pelakon yang baru mendapat gelaran Datuk iaitu Farid Kamil ketika beliau bertemu dengan Mahathir.

Video nasihat berkenaan kemudiannya telah disebarkan oleh pro Mahathir, kononnya sebagai satu sindiran kepada pemimpin negara. Farid Kamil sendiri dana para artis kena bersyukur, bawah kepimpinan sekarang macam macam dana dan geran diberikan pada artis.

Zaman Mahathir dulu mana ada geran sampai berpuluh juta untuk artis buat filem. Ramai artis yang kena gam adalah. Kebajikan artis yang veteran pula tidak pernah diambil tahu macam sekarang ini.

Farid Kamil sendiri terima nikmat geran ini sampai lapan angka nilainya, jadi hendak protes buat apa lagi? Apa lagi yang tidak kena? Pangkat ‘dato’ pun dapat lagi, Mat Over yang sokong kuat pun tidak dapat macam itu.

Sebenarnya Mahathir sendiri sepatutnya mempraktikkan nasihat Amar Makruf Nahi Mungkar itu terlebih dahulu dalam kehidupannya.

Cuba lihat dalam persekitaran hidup Mahathir. Beliau kini sanggup bersama dengan parti DAP yang sebelum ini mempertahankan pesta arak Octoberfest walaupun ia tidak dibenarkan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana bimbang membawa mudarat kepada orang ramai.

Walaupun dilarang, namun pemimpin DAP iaitu ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mempertikaikan keputusan pihak berkuasa tempatan dan polis yang melarang acara itu diadakan.

Begitu juga dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Bukan sahaja DAP yang menyokongnya melalui Jawatankuasa Transgender pada Mei tahun lepas di Pulau Pinang, malah anak perempuan Mahathir iaitu Marina sememangnya dikenali sebagai aktivis yang memperjuangkan LGBT, bukan sahaja di dalam malah di luar negara.

Lihat gambar Marina ini bila berhadapan dengan isu kalimah Alllah. Ini cara amal mahruf dan nahi mungkar?

https://web.facebook.com/tokadithejustice/photos/a.1125046710923617.1073741829.1122306847864270/1612785805483036/?type=3

Begitu juga dalam keluarga Mahathir. Beliau sendiri melarang isterinya, Siti Hasmah daripada memakai tudung bahkan perkara itu didedahkan sendiri oleh Siti Hasmah.

“Bila kita bertudung, kita mesti minta kebenaran daripada suami. Saya ada teringin selepas balik dari Makkah, naklah ambil berkat pakai tudung… sampai beliau (Dr Mahathir) palingkan mukanya,” katanya dalam rakaman video yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, pada bulan November lalu.
https://pakdin.my/mahathir-larang-saya-pakai-tudung-kata-siti-hasmah/

Itu cerita tudung Siti Hasmah. Tidak masuk lagi cerita cucunya yang tidur dan peluk dengan anjing, seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Othman Mirzan, anak kepada Mirzan Mahathir telah memuatnaik gambar berkenaan dengan kapsyen “All my bitches love me”.
https://pakdin.my/cucu-mahathir-othman-mirzan-bangga-tidur-dengan-anjing-kesayangan/
https://2.bp.blogspot.com/-sldVxQymTeU/Wgf7vgJyURI/AAAAAAAAHIA/34rXk50u5q8UhkzZCS3P9LcM30hwnzOiACLcBGAs/s1600/20171112-othman-mirzan-anjing-2.jpg

Bukan itu sahaja, kehidupan mewah Meera Alyanna Mukhriz, anak kepada Mukhriz Mahathir juga diperkatakan ramai selepas Meera lebih dikenali dengan Ally, mempamerkan gaya hidup umpama seleriti hinggakan menjadi tumpuan ramai.

Ally juga sering menjalani percutian mewah di seluruh dunia, serta bertuah kerana menjadi pemilik bot yang dinamakan sempena namanya.
https://www.instagram.com/ally.mukhriz

Itu dalam bab keluarganya, dalam politik pula, hubungan Mahathir dengan Anwar Ibrahim, yang dihukum penjara kerana kesalahan liwat turut menjadi perhatian. Adakah beliau terlupa Amar Makruf Nahi Mungkar ini apabila bersama dengan Anwar yang merupakan peliwat?

Jadi sebelum memberikan nasihat kepada orang lain, elok jika kita lihat dalam diri sendiri. Relevankan nasihat yang diberikan oleh Mahathir kepada Farid Kamil itu? Eloklah Farid Kamil sendiri menilainya.

Jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Telunjuk lurus tunjuk kesalahan orang, kelingking berkait kena pada batang hidung Mahathir sendiri.

Tulisan :
Beruang Biru
BB706, Rabu
20 Disember 2017

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851