1MDB Jual Tanah Di Selangor Dan Pulau Pinang Untuk Bayar Hutang? Kerajaan Negeri Luluskan? - pakdin.my

Mkini kini melaporkan bahawa syarikat-syarikat China disyaki telah “menyelamatkan” 1MDB dengan membantu mereka membayar balik bayaran balik US$602.7 juta (RM2.5 bilion) kepada IPIC minggu lalu dengan membeli tanah milik 1MDB di Pulau Pinang dan Selangor.

Jika ini benar maka saya ucapkan tahniah kepada 1MDB kerana mereka telah membeli tanah Pulau Pinang sebanyak RM1.38 bilion pada tahun 2013 dan tanah Selangor hanya RM295 juta pada tahun 2014 – berjumlah hampir RM1.7 bilion.

Oleh itu, sekiranya benar maka ia adalah keuntungan yang amat besar bagi 1MDB.

Dan entah bagaimana 1MDB berjaya menjual tanah ini tanpa pengetahuan Kerajaan Pulau Pinang atau Kerajaan Selangor walaupun Lim Guan Eng telah menyekat sebarang pindah milik tanah Pulau Pinang sejak beberapa tahun lalu.

Jika 1MDB tidak dapat membayar, mereka akan mengatakan 1MDB bankrap dan tidak mempunyai aset sebenar. Jika mampu membayar, mereka mengatakan 1MDB menjual aset untuk membayar.

Nak bagitau sekali lagi, asasnya 1MDB telah membeli aset ini menggunakan wang dari pinjaman bukan wang milik negara atau yang selalu disebut s3bagai wang rakyat.

LSS.
*************
1MDB : Perincian senarai hutang didedahkan
https://pakdin.my/1mdb-perincian-senarai-hutang-didedahkan/

Hutang 1MDB bukan lagi isu
https://pakdin.my/hutang-1mdb-bukan-lagi-isu/

Akhbar: Firma China selamatkan 1MDB 1MDB

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB Jual Tanah Di Selangor Dan Pulau Pinang Untuk Bayar Hutang? Kerajaan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium