Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALJPM Lantik Firma Luar...

JPM Lantik Firma Luar Siasat Kes Tanah FELDA Semarak - pakdin.my

Jabatan Perdana Menteri (JPM) melantik sebuah firma audit luar untuk melaksanakan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) atas tanah milik FELDA.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata firma audit berkenaan akan menjalankan audit forensik ke atas semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan projek berkenaan.

“Ia juga akan menilai semula proses pengawalan berkaitan, termasuk kelemahan dalam pentadbiran dalaman serta pengawasan FELDA ke atas FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

“Siasatan firma audit ini juga akan membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, dianggarkan bernilai RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FIC melantik syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan memberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Perdana menteri berkata siasatan firma audit berkenaan dijangka siap dalam 30 hari dan laporan penuh akan dikemukakan kepada JPM.

Pelantikan firma audit ini susulan arahan beliau kepada FELDA dalam sepucuk surat bertarikh 11 Disember 2017 untuk menentukan sama ada berlakunya ketidakpatuhan kepada tatacara sedia ada atau berlakunya unsur salah guna kuasa dan perlakuan rasuah berkaitan projek KLVC.

“Dalam surat tersebut yang dihantar oleh JPM kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, saya juga mengarahkan FELDA membuat laporan polis terhadap SPSB untuk ‘criminal fraud’ serta mengambil tindakan undang-undang untuk ‘civil fraud’ bagi pemindahan hak milik tanah FELDA tanpa pengetahuan dan kebenaran,” katanya.

Najib berkata tindakan berkenaan diarahkannya untuk diambil bagi melindungi kepentingan FELDA dan peneroka tidak dikompromi dan bagi memastikan tanah tersebut terus kekal menjadi milik FELDA.

Jelas perdana menteri, polis juga telah menjalankan siasatan dan tanah terlibat turut dikaveat.

“Oleh itu, laporan yang mengatakan tanah itu sudah hilang adalah tidak tepat. Kaveat Pendaftar yang dikenakan ke atas tanah-tanah itu akan memastikan kepentingan FELDA dilindungi,” katanya.

Najib berkata tindakan undang-undang akan diambil jika siasatan firma audit luar dan polis menunjukkan adanya salah laku oleh mereka yang terbabit dalam projek itu yang dipersetujui pada tahun 2014.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674