Bantu kerajaan membasmi kemiskinan bukan membuat propaganda keterlalun - pakdin.my

Kerajaan terus berusaha membasmi kemiskinan terutama kemiskinan tegar – kita pun kena bertanggungjawab membawa orang miskin dikejiranan kita mendapatkan bantuan kerajaan – jangan hanya tahu memperlekeh usaha kerajaan.

Bukan Malaysia sahaja yang ada orang miskin ke?

Negara-negara yang terkaya di dunia pun ada.

Negara yang mana tak ada orang miskin?

Yang hanya tak mampu beli smartphone atau yang memiliki smartphone itu janganlah mengaku golongan miskin. Itu namanya mendoakan diri sendiri menjadi miskin.

Yang berkemampuan dan ada pendapatan lebih hasil dari kenaikan ekonomi negara berbakti lah kepada yang tidak berkemampuan. Itu tuntutan agama. Bukannya bermegah dengan apa yang kita ada untuk sambil mengutuk kerajaan.

____________

Propaganda tekini dari pihak pembangkang ialah Ringgit, indeks saham dan pertumbuhan GDP yang semakin naik bukannya bermaksud rakyat akan merasa dan banyak orang yang masih miskin di Malaysia.

Sebenarnya, di mana-mana negara di dunia -termasuk negara-negara terkaya seperti Singapura dan Hong Kong, orang miskin juga wujud.

Di Hong Kong dan Singapura juga ada orang yang tak cukup duit untuk makan. Bacalah laporan-laporan media dari negara-negara tersebut.

Walaupun prestasi kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia jauh lebih tinggi dari Hong Kong dan Singapura sejak tahun 2012, Malaysia masih ada orang yang miskin. Ini tidak boleh dinafikan.

Tetapi, kerajaan Malaysia akan terus membantu orang miskin dengan pelbagai program dan bantuan – termasuk pembayaran bulanan dari Jabatan Kebajikan, rumah sewa murah, BR1M, bantuan buku sekolah, penolongan pencarian kerja dan sebagainya.

Oleh kerana bantuan-bantuan ini, rekod pembasmian kemiskinan tegar sejak Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri adalah baik.

Kadar kemiskinan tegar di seluruh Malaysia jatuh dari 3.8% pada tahun 2009 menjadi 0.4% pada tahun 2016.

Di Sabah pula, kadar ini jatuh dari 19.7% pada tahun 2009 ke 2.9% tahun 2016.

Jangan senang diperdaya oleh propaganda media-media pro-pembangkang. Malaysia terus maju dan kerajaan terus giat dalam usaha untuk menolong dan membasmikan kemiskinan.

Eric See-To.

Rujukan:

“according to economists’ estimates, a good 10-14 percent of Singaporeans still face severe financial problems and have difficulties meeting basic needs. Hunger, for example, remains a real and present issue for many,”

Shining a light on Singapore’s invisible poor
https://research.smu.edu.sg/news/smuresearch/2017/apr/25/shining-light-singapore%E2%80%99s-invisible-poor

Growing number of young Singaporeans in need, relying on Government handouts
http://www.straitstimes.com/singapore/young-and-in-need

Poverty in Hong Kong hits record high, with 1 in 5 people considered poor
http://www.scmp.com/news/hong-kong/community/article/2120366/poverty-hong-kong-hits-7-year-high-one-five-people

Poverty in Hong Kong could worsen in 2018 even after government handouts, welfare minister warns
http://www.scmp.com/news/hong-kong/economy/article/2120674/poverty-hong-kong-could-worsen-2018-even-after-government

UTAMAEKONOMIBantu kerajaan membasmi kemiskinan bukan membuat propaganda keterlalun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium