[Video] Pembahagian Kerusi: Azmin Tolak Cadangan Mahathir, Gelar Parti PAN ‘Amanah Yang Tak Amanah’ - pakdin.my


https://youtu.be/Kvfcy77pi7M

“PAN tak beritahu kebenaran, mereka tak amanah, kita sudah berjumpa empat kali,” kata Timbalan Presiden PKR itu dengan nada sindiran.

Berikutan kemelut pembahagian kerusi komponen PH di Selangor, Menteri Besar negeri, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan menolak penubuhan jawatankuasa khas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi PH.

“Tiada jawatankuasa khas. Apa yang Dr Mahathir Mohamad kata adalah kita ada jawatankuasa yang ditubuhkan seperti negeri lain dan kita sudah berjumpa empat kali.

“Kecuali jawatankuasa itu sebelum ini dikenali sebagai ‘Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya di Rawang hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi PH Selangor menyelesaikan agihan kerusi di negeri itu.

Pada masa sama, Azmin turut menyelar pimpinan PAN kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan tentang pembahagian kerusi PH di Selangor.

“PAN tak beritahu kebenaran, mereka tak amanah, kita sudah berjumpa empat kali,” kata Timbalan Presiden PKR itu dengan nada sindiran.

Sementara itu, Azmin yang juga Pengerusi PH Selangor menjelaskan bahawa pembahagian kerusi negeri belum dimuktamadkan.

Sebaliknya beliau menekankan bahawa PH akan memperuntukkan kerusi berasaskan ‘kebolehmenangan’ parti komponennya.

“Saya pasti jika kita ada konsensus, kita boleh atasi semua perkara, kerana saya fikir di Selangor, lebih daripada 80 peratus sudah ada konsensus,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

UTAMAPOLITIK Pembahagian Kerusi: Azmin Tolak Cadangan Mahathir, Gelar Parti PAN 'Amanah Yang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium