Mahathir Hipokrit – Jual maruah minta bantuan Amerika untuk guling PM Najib – Hishamuddin - pakdin.my

Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mahu mengetuai delegasi pembangkang ke Amerika Syarikat dalam usaha menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerlahkan sikap hipokrasi bekas perdana menteri itu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa menegaskan perkara itu berkata ia berbeza semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang tindakan seumpama itu merupakan satu kepantangan baginya.

“Saya tengok dulu masa dia menjadi PM (perdana menteri), benda-benda macam itu pantang bagi dirinya” tuduh bahawa pembangkang-pembangkang menjual maruah, menggadaikan kedaulatan dan cuba meraih simpati kuasa-kuasa lain.

“Tetapi sekarang ini lain pulak. Jadi orang dapat lihat hipokrasi beliau sekarang dan Dr Mahathir sanggup lakukan bila matlamat menghalalkan cara. Cakap tak serupa bikin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Agenda Pembangunan Perumahan Sembrong di Felcra Sungai 10, Paloh, dekat Kluang Ahad.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas mengulas dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam berhubung rancangan pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz mendakwa pertemuan dengan pemimpin politik Amerika Syarikat yang dijangka berlangsung pada 20 Feb itu bertujuan mahu menggulingkan Najib sebagai perdana menteri dan mendapatkan sokongan sekiranya pakatan pembangkang membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya difahamkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin antara anggota delegasi itu.

UTAMAPOLITIKMahathir Hipokrit - Jual maruah minta bantuan Amerika untuk guling PM Najib...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium