Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaEDITORIAL1MDBRampasan kapal mewah Jho...

Rampasan kapal mewah Jho Low – tiada kaitan 1MDB - pakdin.my

Rampasan kapal layar itu seolah-olah membuat penyokong Pakatan sangat teruja – sesuatu yang saya tidak pasti dan faham kerana bukan Najib, Rosmah, anak lelakinya atau mana-mana ahli politik BN yang terlibat.

Ini bukan penyitaan pertama terhadap aset Jho Low. Sebelum itu, lukisan dan jet juga dirampas. Jadi apakah yang teruja sangat ke atas rampasan satu lagi aset?

Walau bagaimanapun, saman sivil terhadap Jho Low masih tergantung dan tiada pendakwaan jenayah dimulakan walaupun setelah 2 tahun berlalu.

Sepatutnya pihak berkuasa Amerika Syarikat menangkap Jho Low dan didakwa dibawah kanun jenayah bukan setakat merampas kapal mewah milik beliau

Sekiranya anda mempercayai laporan WSJ dan DOJ, wang untuk membeli aset ini tidak datang terus dari 1MDB atau 1MDB tidak membayar secara langsung untuk membeli aset ini.

Oleh itu, kapal layar atau aset lain yang disita TIDAK sama sekali aset 1MDB dan 1MDB tidak membuat tuntutan terhadapnya. Jadi, 1MDB tidak akan ambil kisah.

Sebilangan besar aset tersebut dibeli selepas 1MDB telah membayar Aabar BVI dengan wang yang masuk terus ke Pengerusi Aabar Abu Dhabi Khadeem Al Qubasi dan akaun Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Husseiny. Kedua-duanya juga merupakan pengarah tunggal Aabar BVI. (sehingga tarikh kini, tiada siapa yang telah memfailkan saman jenayah terhadap kedua-dua orang ini – di Abu Dhabi atau di mana sahaja – sesuatu yang pelik).

Apa yang dalam pengetahuan 1MDB, Aabar Abu Dhabi dan IPIC bertanggungjawab terhadap wang yang dibayar oleh 1MDB, tumpuan utama 1MDB adalah untuk menyelesaikan rundingan yang baik dengan IPIC yang bermula selepas 1MDB membuat pembayaran akhir US$1 bilion bayaran kepada IPIC atas pinjaman kepada 1MDB pada bulan Jun 2015.

Bon US$ 3.5 bilion masih dijamin oleh IPIC dan 1MDB masih mempunyai jaminan dari Aabar Abu Dhabi ke atas unit dana – jadi biarkan 1MDB dan IPIC menyelesaikan penyelesaian mereka.

Terdapat tuntutan sebenar dan banyak leverage yang masih dipegang oleh 1MDB untuk mendapatkan kembali wang mereka sepenuhnya. Ini bukan Mahathir dan Anwar melesapkan RM30 bilion (Skandal RM100 bilion) kerugian FOREX BNM yang habuk pun tak tinggal dan tiada harapan untuk mendapatkan semula wang tersebut.

1MDB telah mengurangkan banyak hutang sebelumnya dan melakukan banyak kemajuan dalam TRX (pergi lihat Menara Signature), 8 pangkalan tentera serta membantu menyelesaikan perjanjian berat sebelah IPP yang akan menjimatkan Malaysia RM200 bilion lebih 20 tahun. . Biarkan mereka menyelesaikan tugas mereka.


Rujukan:
http://www.mykmu.net/2018/02/amerika-syarikat-patut-tangkap-jho-low-bukan-kapal-layar/

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918