Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKKapal Mewah Jho Low...

Kapal Mewah Jho Low dirampas – Apa kisah sebenarnya - pakdin.my

Sebenarnya ia adalah suatu perkembangan positif. Biarlah proses perundangan dipercepatkan supaya terbukti kebenaran di pihak siapa.

Kita hanya tahu serba sedikit menerusi laporan media terutama laporan Sarawak Report yang kita tahu sejak awal lagi seolah telah memberi gambaran bahawa DS Najib adalah dalangnya walhal saman DOJ tersebut tidak menamakan DS Najib dan sehingga timbulnya isu kapal layar Jho Lo dirampas ini ianya bukti jelas bahawa semuanya masih dalam siasatan dan sehingga sekarang tiada keputusan mahkamah diputuskan berkaitan penglibatan individu-individu yang dinamakan dalam saman tersebut termasuk Jho Lo.

Pada Ogos 2017, pihak Red Granite sendiri mahu mempercepatkan proses undang-undang bagi membersihkan nama dan mempersoal tindakan DOJ menangguhkan tindakan sivil mereka.

“Red Granite Pictures Inc has joined other parties in questioning the move of the United States Department of Justice (DoJ) to put on hold civil forfeiture lawsuits against assets purchased with funds allegedly embezzled from 1MDB.”

“In the event that a negotiated resolution is not imminent, however, Red Granite has a strong interest in clearing its name promptly,” the company stated in a brief opposing the delay, according to the showbiz industry publication.

Isu yang sering dimainkan oleh media pro pembangkang seperti Sarawak Report, Malaysiakini dan Malaysian Insight khususnya ialah kapal layar mewah bernilai AS$260 juta milik Jho Low itu didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram. Biarlah DOJ siasat berasaskan kepada laporan Sarawak Report tersebut dan tunggu akan ‘kebenaran’ laporan Sarawak Report.

Bagaimanapun 1MDB sejak awal dan konsisten sehingga sekarang berulang kali menyatakan bahawa tiada wang 1MDB yang hilang. Oleh itu, jika satu hari nanti DOJ mahu memulangkan semula ‘wang’ tersebut sebagaimana yang sering dinyatakan oleh mereka , 1MDB tidak boleh menerimanya kerana tiada wang mereka yang hilang.

Hanya International Petroleum Investment Company (IPIC) syarikat milik kerajaan Abu Dhabi yang mendakwa bahawa wang mereka hilang. Maka sepatutnya ia adalah siasatan berkaitan IPIC, yang secara khususnya terarah kepada Khadem Al Qubaishi yang pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC yang turut memegang jawatan Pengerusi Aabar Investments dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny yang turut dinamakan dalam saman DOJ.

Lebih menarik 1MDB dan IPIC telah pun mencapai persetujuan penyelesaian dan 1MDB setakat ini telah pun melaksanakan obligasinya dalam memenuhi terma dan syarat perjanjian persetujuan tersebut.

Bertambah menarik sehingga sekarang pihak 1MDB mahupun presidennya, Arul Kanda tidak pernah dipanggil atau dihubungi DOJ untuk memberi sebarang kenyataan walhal tuduhan tersebut menyatakan bahawa 1MDB adalah mangsa yang telah kehilangan wang.

Apa yang perlu difahamkan DOJ bertindak kerana kononnya aktiviti jenayah tersebut berlaku di Amerika Syarikat, yang melibatkan wang AS , bank AS dan hartanah di AS.

Jadi, tiada ada yang pelik tentang perkembangan terbaru ini kerana sebelum ini dilaporkan sebahagian aset lain turut dirampas dalam tuntutan DOJ termasuk lukisan Picasso yang diberikan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio dan hak terhadap dua filem.

Pada Jun 2017 Mahathir sendiri berkata:

“..Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di Malaysia.”

https://pakdin.my/rampasan-kapal-mewah-jho-low-tiada-kaitan-1mdb/

Rujukan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/30/red-granite-opposes-delay-in-doj-suits-over-1mdb-linked-assets/
https://m.malaysiakini.com/news/413821
https://www.themalaysianinsight.com/s/2044/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/5269/

Sumber asal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1792073947477885&id=100000258912758

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674