SPRM Rampas Dokumen Dan Aset ‘Datuk’ Terima RM3 Juta - pakdin.my

Penahanan ‘datuk’ yang didakwa menerima RM3 juta daripada firma Konsortium Zenith Construction Sdn bhd oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut melibatkan rampasan dokumen untuk bantuan siasatan selain aset.

Penahanan tersebut adalah berikutan kes siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri Pulau Pinang.

“Bila kita siasat memang melibatkan rampasan dokumen terhadap kedua-dua pihak yang kita ada.

“Kita ada sita kedua-dua harta mereka, akaun. Saya tidak boleh nyatakan tapi jumlahnya jutaan ringgit.

“Kita sedang mengesan wang-wang yang diterima itu di mana diletakkan dan tindakan kita adalah menyita akaun kedua-dua Datuk sama ada akaun peribadi dan melibatkan syarikat,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki di Serdang, Sabtu.

Febuari lalu, agensi itu menahan seorang ahli perniagaan yang disyaki menerima wang berjumlah RM19 juta dalam projek terowong dasar laut termasuklah membekukan empat akaun bank milik syarikat lelaki itu.

Seorang lagi sebelum ini didakwa adalah ahli parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim, namun SPRM telah mengesahkan perkara itu tidak benar.

Malah Azeez sendiri turut juga telah membuat laporan polis dan menganggap ia adalah tuduhan paling dahsyat selama beliau dalam dunia politik.

Susulan daripada itu, Azeez juga telah meminta firma tersebut menarik balik tuntutan yang telah dihantar kepadanya serta membuat permohonan maaf dalam tempoh empat hari yang diberikan.


Rujukan:
https://pakdin.my/skandal-terowong-pulau-pinang-sprm-tahan-datuk-abdul-jabrullah-kadersah-dakwaan-menerima-rm3-juta/

UTAMABERITASPRM Rampas Dokumen Dan Aset ‘Datuk’ Terima RM3 Juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium