250 ahli PKR masuk UMNO - pakdin.my

Seramai 250 ahli PKR di kawasan DUN Pelabuhan Klang mengumumkan menyertai UMNO hari ini susulan berasa tidak dihargai oleh pimpinan parti.

Kumpulan berkenaan yang diketuai bekas Naib Ketua Cabang PKR Klang, Mohd Fuzi Abd Ranee menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin M Zin.

Fuzi mendakwa pihaknya sentiasa memberi tumpuan melakukan pelbagai kerja untuk jentera parti di peringkat akar umbi, namun terpaksa berhadapan pelbagai kerenah birokrasi parti.

“Kami juga terpaksa menggunakan dana sendiri dengan meminjam daripada mereka yang berniaga, semata-mata untuk membantu parti memenangi pilihan raya,” katanya dipetik.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PKR Ranting Kampung Pendamar, Mohd Zaki Shamsuddin, berkata beliau sudah tawar hati dengan parti itu kerana segala usaha sejak 2008 dianggap sia-sia.

“Kita sudah tiada jiwa lagi untuk membantu PKR, bila ADUN yang dipilih pada 2008 buat masalah, tapi semasa itu, kita boleh terima lagi.

“Tetapi selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim isytihar jadi ADUN Bebas, kita sudah nekad untuk keluar parti,” katanya.

UTAMAPOLITIK250 ahli PKR masuk UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium