Mahathir umum 3 Menteri Kabinet utama - pakdin.my

Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, hari ini menamakan:
– Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Menteri Kewangan)
– Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan
– Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan).

Beliau berkata buat masa sekarang hanya tiga menteri bagi portfolio utama diumumkan manakala menteri bagi baki tujuh lagi kementerian termasuk Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

Dr Mahathir mengumumkannya pada satu sidang media selepas selesai mengadakan mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet, di Wisma Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata, Majlis Pemimpin Utama Pakatan Harapan juga akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluan berkaitan ahli Kabinet, di mana wakilnya akan ditentukan parti komponen PH sendiri termasuk WARISAN di Sabah dan wakil dari Sarawak.

Majlis Pemimpin Utama PH antaranya akan dianggotai oleh:
– Tan Sri Zeti Akhtar Aziz,
– Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan
– Robert Kuok.

UTAMAPOLITIKMahathir umum 3 Menteri Kabinet utama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium