UtamaPOLITIKKonsep Rule of Law...

Konsep Rule of Law apa yang Mahathir pakai? - pakdin.my

TUN, KONSEP RULE OF LAW APA YANG TUN PAKAI?

Ke hadapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-7,

Dengan penuh rasa rendah diri, tulisan ini dibuat berdasarkan ucapan Tun pada 10 Mei 2018 selepas Tun mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke-14. Tun berjanji bahawa Tun akan mengembalikan ‘rule of law’ di negara ini. Namun 3 hari selepas pemerintahan Pakatan Harapan, sudah berlaku pelanggaran ‘rule of law’ dari Tun sendiri selaku Perdana Menteri.

Pertama, pada 12 Mei 2018 Tun secara rasmi telah mengumumkan bahawa perkhidmatan Tan Sri Apandi Ali selaku Peguam Negara ditamatkan serta merta, atau secara tidak langsung bolehlah difahami sebagai Tan Sri Apandi telah dipecat sebagai Peguam Negara. Soalnya adakah pemecatan ini dibuat berlandaskan undang-undang?

Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Perkara 145 (6) menyatakan secara jelas bahawa seseorang Peguam Negara tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan. Prosedur pemecatan Hakim Mahkamah Persekutuan termaktub dalam Perkara 125(3) bahawa seseorang Hakim hanya boleh dipecat atas alasan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan, atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain. Pemecatan juga hendaklah melalui suatu tribunal yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, dan dilakukan atas syor tribunal tersebut. Hujah ini juga telah digunakan oleh Gobind Singh Deo semasa penamatan perkhidmatan Tan Sri Gani Patail selaku Peguam Negara.

Soalnya adakah terdapat pelanggaran etika yang dibuat oleh Tan Sri Apandi? Jika ada, adakah pemecatan ini telah dibawa dan disyorkan oleh tribunal yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong? Bagaimana seorang Perdana Menteri boleh bertindak melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan memecat seorang Peguam Negara melalui sidang media tanpa mengikut prosedur yang termaktub dalam Perlembagaan? Di mana konsep ‘rule of law’ yang digunapakai dalam pemecatan ini?

Kedua, pada hari yang sama juga Tun menyatakan bahawa Tun telah mengarahkan Imigresen untuk menyekat mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk keluar negara.

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan setiap warganegara untuk bergerak. Benar, hak dan kebebasan ini tidak disebut secara spesifik dan kerajaan mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana warganegara untuk keluar atas alasan yang kukuh. Namun atas alasan apa DS Najib disekat untuk keluar? Jika alasannya adalah kerana penglibatan beliau dalam 1MDB, adakah beliau telah didakwa atas kesalahan beliau? Bukankah prinsip undang-undang ada menyatakan seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah?

Jika disekat atas tujuan siasatan, adakah kertas siasatan ke atas DS Najib telah dibuka? Adakah terdapat sebarang injunksi dari Mahkamah untuk menghalang beliau ke luar negara? Prosedur mana yang telah diguna pakai? Bukankah ini suatu pelanggaran ‘rule of law’?

Saya menuntut agar Tun mengotakan janji dan mematuhi segala ‘rule of law’ dalam pentadbiran Tun, termasuk ke atas musuh politik Tun sendiri. Seorang pemimpin yang tidak menghormati ‘rule of law’ adalah pemimpin yang tidak beretika, kerana ‘rule of law’ adalah suatu perkara yang boleh menghalang seorang pemimpin dari mempunyai kuasa penuh (absolute power), dan kuasa penuh adalah korup sepenuhnya (corrupts absolutely).

Malah Tun sendiri berjanji untuk melakukan reformasi dalam pentadbiran. Reformasi ini harus dimulakan oleh Tun sendiri selaku Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi Tun pernah mempunyai sejarah hitam menyalahgunakan ‘rule of law’ untuk kepentingan Tun semasa 22 tahun memerintah sebelum ini.

Saya mengharapkan agar Tun mengotakan janji dan melakukan perubahan sebaiknya untuk negara tercinta. Mohon maaf andai terkasar bahasa.

Yang cintakan negara,

Nazrul Nazir
Rakyat Malaysia

—————-
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/mahathir

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...