PH mungkir janji 30 peratus wanita dalam kabinet - pakdin.my


#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #UneducatedPH #MalaysiaMemilih #PakatanMunaPHik

Pakatan Harapan (PH) memungkiri manifestonya untuk memberi kuota 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat.

Selepas pelantikan terbaru 13 baki anggota kabinet, hanya ada lima wanita sebagai menteri dan empat timbalan menteri daripada 26 kementerian.

Hanya 19 peratus lantikan menteri diwakili wanita manakala 16 peratus bagi timbalan menteri.

Sebelum ini, PH dalam manifesto pilihan raya menetapkan 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan.

Mereka yang mengganggotai kabinet ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rina Harun, Zuraida Kamaruddin, Teresa Kok dan Yeo Bee Yin.

Bagi timbalan menteri, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Isnaraissah Munirah Majilis dan Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman, 26, pula memadam rekod pemimpin paling muda dalam kabinet yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

Najib menjadi menteri belia dan sukan ketika berusia 33 tahun. Pada 1978, beliau dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos pada umur 25 tahun.


https://pakdin.my/tag/wanita


UTAMAPOLITIKPH mungkir janji 30 peratus wanita dalam kabinet

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium