Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKForum : Perlukah kita...

Forum : Perlukah kita menulis semula buku sejarah kita? - pakdin.my

Baru tadi berkesempatan untuk menghadiri forum yang dianjurkan di KL Sel Chinese Assembly hall. Saya tak tertarik dengan tajuknya, tetapi dengan logo yang digunakan penganjur. Kelihatan seorang komunis berjalan bersama-sama dengan orang Melayu. Seolah olah seiring dan sejalan. Dari logo sahaja kita boleh simpulkan betapa ‘bias’ nya forum ini. Apatah lagi tajuknya.

Saya dan rakan-rakan hadir dengan tujuan untuk mengetahui lebih lanjut, apa isi forum tersebut. Jelas ahli panel mereka membicarakan tentang bagaimana perlunya buku sejarah anak-anak kita dimasukkan fakta-fakta tentang perjuangan komunis ketika zaman sebelum dan selepas kemerdekaan. Mereka menuduh buku sejarah menyembunyikan banyak fakta tentang ‘perjuangan’ komunis untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka mahu buku sejrah dimasukkan narratif sejarah dari pihak komunis sendiri. Dengan kata lain, mahu rakyat mengiktiraf perjuangan komunis itu sendiri.

Sampai saja sesi soal jawab, saya terus mengambil kesempatan untuk bertanya. Rezeki saya kerana dapat giliran pertama.

1. Apakah justifikasi ahli panel keatas tindakan komunis yang telah membunuh ramai orang tak kira bangsa ketika selama mereka berkuasa ? Mereka adalah orang kampung yang tidak terlibat dengan Jepun dan British. Orang biasa sahaja.

2. Apa perlunya kehadiran seorang jurualih bahasa untuk menterjemahkan kata-kata ahli panel kepada bahasa Mandarin hadirin yang hadir sedangkan hampir semua yang hadir rakyat Malaysia ?

Soalan pertama saya dijawab dengan kenyataan bahawa kita berada didalam peperangan pada ketika itu. Malah ahli panel juga menyatakan bahawa diskusi forum pada hari ini ialah untuk membincangkan tentang penulisan semula buku sejarah, bukan tentang siapa baik atau jahat. Perbincangan itu perlu dibincangkan dalam forum yang lain.

Selepas ramai yang tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, suasana menjadi agak riuh. Cubaan untuk memutarkan jawapan oleh ahli panel tiadak berjaya. Kami mahukan jawapan, bukan mahu lihat ahli panel ‘taichi’ .

Untuk soalan kedua, jawapannya lagi pelik.

Fadiah Nadwa meyatakan mereka mahu meraikan mereka yang hadir yang datang pelbagai kaum. Kalau begitu, kenapa tidak dibawa translator bahasa Tamil sekali ?

Kemudian Fadiah menyamakan orang Cina dan lain-lain yang datang seperti immigran di barat. Dan saya disamakan sebagai seorang yang ‘White Supremacist’ kerana bertanyakan soalan sedemikian. Terus saya tanyakan balik ( keadaan semakin kecoh ) Tidak ada sepatah pun dalam soalan saya yang menuduh sesiapa pendatang. Sebaliknya Fadiah yang menyamakan hadirin yang hadir sebagai pendatang dengan menyamakan mereka dengan immigran Timur Tengah di negara Barat. Beliau sekali lagi menuduh saya seperti ‘White Supremacist’ .

Malah, ada ketika menjawab soalan salah seorang hadirin, Fadiah menyamakan perjuangan komunis dengan perjuangan rakyat Palestin berjuang menentang pendudukan Israel. KOMUNIS DISAMAKAN DENGAN PEJUANG PALESTIN !!

Anda rasa?

Pada pandangan saya, forum ini gagal. Ahli panel bukan mereka yang terlibat dengan penyediaan buku teks atau proses penerbitan. Malah tiada ahli akademik yang boleh mengulas tentang sejarah dijemput.

Secara peribadi, saya langsung tidak setuju, dimasukkan narratif sejarah dari sudut komunis sendiri. Anak-anak disekolah yang masih tidak tahu membezakan baik buruk, ingin disuap dengan fakta sejarah dari sudut komunis sendiri. Anda mahu ? Saya tidak.

Apa-apa pun, yang membanggakan adalah, kehadiran ramai anak-anak muda yang ingin membantah penyebaran fahaman tersebut di kalangan murid-murid sekolah. Mereka ini lahir di zaman komunis sudah tiada. Namun mereka faham akan bahayanya fahaman komunis ini..

Saya tabik anda semua. Takyah tag. Anda tahu siapa anda.

Nazrin Norani

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674