Kredibiliti Rejim Kerajaan Pakatan Harapan - pakdin.my

#KERAjaanTomato #ManifesTomato

1. Setelah hampir 100 hari pemerintahan Rejim Kerajaan Pakatan Harapan (PH), kita telah menyaksikan beberapa perkara yang dibuat dengan penuh persoalan dan kecurigaan.

Antaranya,

a. Melayu pendatang , Raja tidak relevan, iktiraf Komunis, mesra LGBT, henti dana tahfiz tetapi beri dana kepada sekolah swasta Cina, pembuangan ribuan pekerja dll.

b. Pelepasan kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin PH.

c. Perletakan jawatan utama pegawai utama agensi kerajaam dan GLC, penukaran jawatan ketua ketua turus, dll.

3 perkara ini mewakili cabang administrative, kelompok judiciary dan agensi penguatkuasaan.

Ia amat meragukan dan mencurigakan serta mendatangkan pelbagai syak dan spekulasi dikalangan orang ramai.

2. Kewarasan dan logik ekonomi dalam isu 0% GST yang menyebabkan kerajaan kehilangan RM3.5 bilion sebulan tetapi harga barangan tidak turun menjadi bahan lawak antarabangsa serta pemain sektor kewangan dan ekonomi.

Amat boleh dipertikaikan.

Jelas sekali, kepentingan politik mengatasi logik ekonomi dan kepentingan orang ramai.

Kehebatan model ekonomi PH telah dengan jayanya menyebabkan bebanan rakyat jelata semakin meningkat.

3. Kejatuhan pasaran saham dan kewangan dan nilai matawang ringgit sejak hari pertama pemerintahan rejim PH sangat membimbangkan.

Pelbagai perkara disekat, seperti info carian SSM dll.

Undang-undang telah jelas di curang guna dan digunakan dengan niat tidak sihat.

Pembekuan ratusan akaun akaun orang politik lawan rejim PH iaitu BN/Umno agak mencurigakan Standard Prosedur nya.

4. Perletakan jawatan penjawat utama sektor awam dan GLC secara enbloc (berjemaah) menunjukan ianya terjadi akibat tekanan tertentu daripada pihak pihak tertentu.

Kerajaan pemerintah rejim PH dilihat lebih berpolitik sepanjang masa dan bukannya memerintah untuk kepentingan negara & rakyat.

Kerajaan lebih menumpukan bercakap tentang perkara lepas dan tidak menunjukan kepada orang ramai agenda ekonomi untuk rakyat jelata.

Rejim Kerajaan PH lebih berahi dengan sidang media, kemaruk glamer dan populariti daripada menyelesaikan isu PTPTN dan lain-lain isu melibat Kementerian Pendidikan.

5. Rumusan mudahnya,

a. Rejim PH tidak kompeten untuk memenuhi janji yang dibuat sendiri.

b. Rejim PH hanya mampu menyalin dan guna balik semua agenda dan model ekonomi BN.

c. Tidak mampu mencipta model ekonomi sendiri, tidak mampu turunkan harga minyak dan kos sara hidup rakyat seperti mana yang mereka sendiri janjikan.

d. Memperdayakan orang ramai dengan bahan yang tidak sah sahih.

e. Rejim PH dilihat masih berfungsi sebagai pembangkang dan bukan sebagai kerajaan pemerintah.

Pelbagai provokasi strategik termasuk menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil dalam penyataan rasmi.

KREDIBILITY DAN KEWARASAN POLITIK PH TELAH TERCEMAR AKIBAT TIDAK KOMPETEN DAN TERLALU TEBAL POLITIKINGnya.

NEGARA TELAH DISEPAH KECAH KAN DENGAN TERUK.

KITA SYAK….

BANYAK PERKARA SENGAJA DIBUAT UNTUK ALIHMATA SESUATU AGENDA YANG LEBIH BESAR.

UTAMAPOLITIKKredibiliti Rejim Kerajaan Pakatan Harapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium