Semalam, Menteri Kewangan (penjaga buku kira-kira mengikut kata seorang Ahli Parlimen) Lim Guan Eng, telah mendedahkan maklumat separuh masak di Dewan Rakyat mengenai elaun RM5 Juta yang di terima oleh Arul Kanda untuk tempoh 6 bulan.
Hakikatnya ia adalah elaun yang datang secara ‘pakej’ dengan jumlah sekaligus (lump sum). Ini bermaksud Arul Kanda tidak boleh menuntut apa-apa faedah bulanan yang lain. Apa yang tidak djelaskan di dalam maklumat separuh masak ini adalah Arul Kanda menerima kontrak kerja di 1MDB dengan elaun yang jauh lebih rendah berbanding semasa bekerja dengan Bank di UAE sebelumnya.
Di dalam dunia korporat, pakej ganjaran atau ‘remuneration’ datang bersama-sama KPI atau ‘Key Performance Indicators’. Dala erti kata lain, sekiranya KPI yang ditetapkan berjaya dicapai, anda akan berjaya mendapat pakej yang dijanjikan. Sebaliknya, jika anda gagal, anda akan dibuang kerja atau kontrak anda akan ditamatkan. Bukan satu perkara baharu untuk sesebuah syarikat korporat menawarkan pakej yang lumayan bagi pekerja, dengan syarat pekerja berkenaan dapat mencapai apa KPI yang ditetapkan oleh syarikat.
Begitu juga dalam kes Arul Kanda. Beliau ditawarkan pakej yang lumayan sekiranya dapat memulihkan kembali (turnover) dan merasionalisasikan syarikat 1MDB yang bermasalah oleh pengurusan yang sebelumnya. Dalam kes ini, Arul Kanda berjaya mengurangkan hutang 1MDB daripada RM50 Bilion kepada RM30 Bilion dan 1MDB berada di landasan pelan rasionalisasi yang tepat. Tidak ada salah laku dalam pembayaran elaun sebanyak RM2.5 juta itu. Kerajaan sekarang sepatutnya mengarahkan 1MDB melunaskan baki RM2.5 juta lagi yang Arul Kanda belum terima.
Dalam kes ini, bukan elaun Arul Kanda yang harus dipotong sebaliknya gaji dan elaun Lim Guan Eng. Ini memandangkan sebagai seorang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng masih gagal menurunkan harga minyak dan gagal memansuhkan tol seperti yang dijanjikan di dalam ceramah-ceramah beliau dan Manifesto PH. Lim Guan Eng juga dilihat sebagai seorang Menteri Kewangan yang tidak bersih kerana tidak berani membersihkan dirinya melalui perbicaraan kes rasuah beliau dan berharap kes-kesnya akan digugurkan oleh Kerajaan PH.
Nota Kaki – Apa jadi dengan mata sebelah kiri anda semalam, Ah Beng?
………
https://pakdin.my/tag/arul-kanda
https://pakdin.my/tag/lim-guan-eng