Giliran Rela pula ‘ditamatkan’ perkhidmatan?

Sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pergerakan Malaysiaku Tanahairku mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan ada rancangan untuk menamatkan perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam masa terdekat.

Dakwa Raggie, selepas khidmat PKKR, ianya akan disusuli dengan penamatan Rela di seluruh negara dalam masa terdekat.

Jelas Raggie lagi, sesebuah agensi tidak wajar ditamatkan ‘sesuka hati’ hanya kerana khuatir tidak senada dengan kerajaan sekarang atau alasan ‘lantikan politik’.

Semalam, Rela mengesahkan penamatan penugasan kawalan keselamatan di PKKR di seluruh negara melalui satu kenyataan rasmi.

………….
KUALA LUMPUR: Sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pergerakan Malaysiaku Tanahairku mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan ada rancangan untuk menamatkan perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pergerakan tersebut,  Raggie Jessy, pihaknya sudah mendapat maklumat yang dianggap ‘sahih’ tentang penamatan ‘Penugasan Kawalan Keselamatan Pusat-Pusat Khidmat Komuniti Rela atau PKKR sejak beberapa minggu lepas.

Dakwa Raggie, selepas khidmat PKKR, ianya akan disusuli dengan penamatan Rela di seluruh negara dalam masa terdekat.

“Sebenarnya kerajaan yang ada sekarang ini amat takut dengan kekuataan Rela, takut badan ini berkemungkinan akan menjadi ‘third force’ dan menjadi alat kepada kerajaan terdahulu terutamanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang mereka tidak faham, perkhidmatan Rela bukan wujud dalam tempoh yang singkat sebaliknya sejarah membuktikan ianya sudah ada ketika zaman darurat lagi pada 1948 lagi.

“Kekuataan dan pengaruh yang dimiliki oleh Rela sebenarnya digeruni sehingga perkhidmatan ini akan bakal ditamatkan, kita pula terpaksa bersuara kerana pihak kami diberitahu beberapa anggota penting dalam kalangan Rela yang sepatutnya menghadiri sidang media hari ini telah diberi amaran sekeras-kerasnya.

“Oleh yang demikian, kita tidak dapat memberikan pihak media suara sebenar anggota Rela yang kini sedang hidup dalam keresahan apakah akan terjadi kepada badan ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebentar tadi.

Jelas Raggie, sesebuah agensi tidak wajar ditamatkan ‘sesuka hati’ hanya kerana khuatir tidak senada dengan kerajaan sekarang atau alasan ‘lantikan politik’.

Sebaliknya, semua pihak perlu duduk semeja sebelum sebarang keputusan diambil.

“Dalam hal ini tidak ada sebarang perbincangan. Kerajaan PH bertindak sesuka hati dan memberikan pelbagai alasan termasuk lantikan politik atau kesetiaan kepada kerajaan terdahulu.

“Sebenarnya tindakan seperti ini bukan sahaja tidak wajar, malah tidak betul. Rakyat sedang melihat, mungkin suara-suara yang bangkit lantang akan cuba di tutup tapi sehingga bila? Rakyat nampak,” tegasnya.

Semalam, Rela mengesahkan penamatan penugasan kawalan keselamatan di PKKR di seluruh negara melalui satu kenyataan rasmi.

Kenyataan rasmi berkenaan dikeluarkan sejurus selepas penamatan PKKR menjadi viral dan ‘kecoh’ dalam laman sosial.

Rela dalam kenyataannya berkata, penilaian itu merangkumi aspek keperluan penugasan dan kedudukan kewangan semasa jabatan.

“Surat yang menjadi tular di media sosial adalah mengenai penamatan Penugasan Kawalan Keselamatan PKKR dan bukannya pemotongan elaun kepada semua ahli Rela,” katanya.

Menurutnya, penamatan penugasan rondaan PKKR ini tidak melibatkan penugasan lain masih berjalan seperti biasa.

Sebelum ini, sekeping surat yang bertarikh 30 Julai 2018 menjadi tular menyatakan semua penugasan anggota Rela yang berbayar ditamatkan berkuat kuasa 1 September 2018.

Menurut surat itu, sebanyak 98 pusat pusat khidmat komuniti yang akan terkesan dengan penamatan khidmat Rela tersebut.

Surat rasmi yang dipercayai telah ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Operasi, PjR Mohamad Razib bin Buhaini, bagaimanapun menyatakan anggota Rela boleh meneruskan tugas-tugas yang tidak melibatkan elaun.

Sebelum ini, elaun anggota Rela telah dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam manakala RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi seorang pegawai

…………
https://pakdin.my/perkhidmatan-rela-ditamatkan-1-september/

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...