Surat Terbuka PAS kepada ahli dan pengundi Sg. Kandis #PRKDUNSgKandis - pakdin.my

#UndiBarisan Nasional #TolakKERAjaanTomato

Assalamualaikum wbkt.
Selamat sejahtera.
21 Zulkaedah 1439
3 Ogos 2018

Pesanan Khas kepada semua ahli dan penyokong PAS khususnya para pengundi PRK N49 Sg Kandis

Tuan/Puan yang dikasihi sekelian;

Setelah kita sama-sama menekuni dan memahami kenyataan media oleh Dato’ Mursyidul Am serta Dato’ Setiausaha Agong PAS bahawa;

~ PRK ini adalah pertandingan 2 penjuru antara PH/PKR dengan BN/UMNO, sila abaikan calon bebas.

Demi mempertahankan Agama Islam, ketuanan Melayu dan negara tercinta maka,

~ PH mesti dikalahkan atas dasar memilih yg kurang mudharat di antara 2 mudharat.

~Tidak keluar mengundi bererti memberi undi kepada PH

Maka saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS supaya keluar awal untuk mengundi esok, hari Sabtu, 4 Ogos 2018 dan memberi undi kepada Dato’ Lokman Noor Adam calon BN/UMNO.

Semoga kita semua dirahmati dan diberkati ALLAH… Aamiin.

Selamat mengundi

Hj Mohamed Diah Baharun
YDP PAS Kawasan Kota Raja.

UTAMAPILIHAN RAYASurat Terbuka PAS kepada ahli dan pengundi Sg. Kandis #PRKDUNSgKandis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium