Pemburuan Jho Low hanya opera cina Rejim Pakatan Harapan - pakdin.my

Pemburuan Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low cuma wayang aksi kerajaan Pakatan Harapan bagi menutup kegagalan mereka menunaikan manifesto 100 hari.

Selepas beberapa kali percubaan yang didakwa terlepas, kini ada sumber yang memaklumkan bahawa ho Low sudah menukar wajahnya, mereka mendakwa perkara ini sudah seperti filem ‘Mission Impossible’!

Sumber turut menyebut Jho Low kini berada dalam ‘red notice Interpol’, tapi semakan di laman sesawang Interpol tiada langsung menyebut nama Jho Low dalam senarai itu.

BACA: Memalukan – Kenyataan media PDRM tak selari fakta, kata polis Macau https://pakdin.my/memalukan-kenyataan-media-pdrm-tak-selari-fakta-kata-polis-macau/

Selain itu dengan tertangkapnya Jho Low boleh membawa kemungkinan Datuk Seri Najib terlepas daripada tuduhan berkaitan 1MDB bila Jho Low akan menjadi suspek utamanya.

Seperti kenyataan Peguam Negara Switzerland yang menyebut Najib bukan suspek dalam siasatan mereka.

Ini akan mendedahkan segala fitnah, hasutan dan penipuan yang bertahun-tahun dicanang oleh Pakatan Harapan terhadap Datuk Seri Najib untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan mengambilalih Putrajaya.

Ia menyamai jika tertangkapnya Nik Faisal Ariff yang sepatutnya menjadi saksi utama atau mungkin orang kena tuduh (OKT) dalam kes SRC RM42juta.

Nik Faisal telah bersembunyi di Indonesia sejak 2015 tapi kerajaan Pakatan Harapan lebih sibuk uruskan penangkapan Jamal Yunos untuk denda RM400.

Jika tertangkapnya Nik Faisal, berkemungkinan Datuk Seri Najib akan bebas dari dakwaan berkaitan SRC. begitu juga untuk kes 1MDB, sekiranya Jho Low dapat ditangkap dan dibicarakan.

Jadi kita lihat saja satu wayang panjang pemburuan Jho Low dan Nik Faisal, berkemungkinan berlarutan hingga PRU15, kerana semua fitnah dan aniaya Pakatan Harapan terhadap Najib akan terbongkar segera jika tangkapan itu disegerakan.

UTAMAPOLITIKPemburuan Jho Low hanya opera cina Rejim Pakatan Harapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium