#Klentongkasi 100 hari rejim Pakatan Harapan - pakdin.my

Perdana Menteri tua Pakatan dalam pengumumannya sempena 100 hari akan memberitahu rakyat yang kerajaannya tidak dapat menunaikan janji kerana;

1. Hutang negara sampai 1 trillion ( sedangkan dalam jawapan bertulis di Parlimen, hutang negara disahkan hanya RM600 bilion)

2. Kerajaan dahulu sembunyikan data ekonomi sebenar (sedangkan telah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan agensi penarafan seperti Moody serta IMF yang rizab serta ekonomi Malaysia ditinggalkan kukuh semasa pentadbiran BN)

3. Kerajaan perlu bayar hutang 1MDB (sedangkan negara sebenarnya kehilangan berpuluh bilion ringgit dengan penarikan keluar pelabur daripada pasaran saham dan berbillion dileburkan untuk mengekang ringgit dari terus merudum)

4. Kerajaan perlu dahulukan agenda-agenda penting untuk rakyat (sebenarnya negara kerugian berpuluh bilion bila kos projek infrastruktur dan pembangunan dinaikkan berlipat ganda daripada kos asal demi kepentingan taikun-taikun dan kroni)

5. Kerajaan perlu berjimat sebab kerajaan dulu boros (sebenarnya negara kehilangan RM3.5 bilion sebulan hasil 0% gst dan SST 16% pula hanya boleh mengutip hasil sebanyak RM21 billion, iaitu separuh daripada cukai GST kerana peniaga-peniaga melarikan diri daripada membayar cukai dan menipu cukai akibat SST yang tidak telus dan efisyen)

Perdana Menteri tua Pakatan juga akan kata, Pakatan tidak boleh tunai janji kerana semuanya salah kerajaan dahulu. Kerajaan sekarang juga perlukan masa lebih dari 5 tahun untuk tunai janji. (Sebenarnya ketika itu, ekonomi Malaysia sudah lingkup dan Malaysia menjadi sebuah ‘failed state’ kerana dasar-dasar ekonomi yang tidak jelas, u-turn dan menakut-nakutkan pelabur untuk membuat pelaburan jangka panjang)

Untuk meyakinkan rakyat supaya tertipu, Perdana Menteri tua akan sekali lagi menangis dan mengalirkan air mata buaya kerana kononnya Kerajaan gagal tunai janji. (Sebenarnya rakyat dikencing tetapi hasil negara dan wang cukai rakyat, dibahagikan sesama kroni dan anak-beranak selari dengan polisi dendam kesumat yang merugikan negara)


https://pakdin.my/tag/manifesto

https://pakdin.my/tag/pakatan-harapan

UTAMAPOLITIK#Klentongkasi 100 hari rejim Pakatan Harapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium