Kementerian Pendidikan kaji cadangan bina 26 SJKC baru - pakdin.my

Kalau kita beritahu perkara ini di luar negara, dorang tergamam. sebab apa?

1. Malaysia satu-satunya negara di dunia yang ada sekolah perkauman.

2. Malaysia satu-satunya negara yang rakyatnya masih ramai tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Tetapi orang luar hanya melihat Malaysia sebagai negara makmur, pelbagai kaum dan agama hidup sepakat, makanan sedap..

****************
Kementerian Pendidikan kaji cadangan bina 26 SJKC baru

Kementerian Pendidikan akan mengkaji cadangan untuk membina 10 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), menjadikan jumlah kesemuanya 26 buah sekolah seumpama itu dalam kajian, menurut laporan Bernama.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata selain cadangan membina 10 lagi SJKC dan memperuntukkan enam lagi di kawasan yang ramai penduduk, beliau mendapati ada 10 SJKC yang dicadangkan yang belum terlaksana.

“Bila saya mengambil alih jawatan, saya dapati ada 10 lagi SJKC yang dijanjikan oleh kerajaan lalu antara 2012 dan 2017 tetapi belum ada tindakan.

“Jadi kami akan memutuskan yang mana lebih mendesak akan dilaksanakan dulu,” – Teo Nie Ching

Beliau berkata demikian pada ceramah kempen Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil Balakong di Sg. Chua di sini malam tadi.

Beliau menyatakan kesemua SJKC yang dicadangkan itu sama ada membabitkan sekolah baharu atau pemindahan sekolah sedia ada di beberapa negeri.

Selain menjawat timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching merupakan ahli parlimen DAP Kulai.

Baru-baru ini beliau mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa UEC akan diiktirafkan kementerian pendidikan sebelum akhir tahun ini.

“Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya. Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” Teo Nie Chin

Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kecaman dan tentangan pelbagai pihak sehinggakan menteri pendidikan, Dr Maszlee kemudian mengatakanKeputusan muktamad untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan dibuat selepas kajian menyeluruh dibuat dalam tempoh lima tahun.

Katanya kementerian akan menjalankan kajian menyeluruh, mengumpul pandangan daripada pelbagai pihak yang ada kepentingan dan mengambil kira kepentingan bahasa Melayu serta keharmonian kaum.

“Kementerian akan memastikan isu UEC tidak akan menjejaskan kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu, serta tidak menjejaskan perpaduan serta keharmonian antara kaum di negara ini,” – Dr Maszlee

UTAMAPOLITIKKementerian Pendidikan kaji cadangan bina 26 SJKC baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium