Peguam terkejut SPRM ‘amat terkejut’ Guan Eng bebas kes rasuah - pakdin.my

Peguam mewakili Lim Guan Eng membidas respon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang “amat terkejut” dengan penarikan balik kes rasuah menteri kewangan itu hari ini.
Ramkarpal Singh berkata SPRM sepatutnya tahu kerana peguam mewakili agensi itu sendiri hadir dalam mahkamah pagi tadi.

“Tidak masuk akal SPRM tidak sedar perkembangan kes sedangkan pengarah bahagian undang-undang dan pendakwaannya Mohd Masri Daud memberitahu mahkamah dia menarik balik tuduhan,” katanya dalam kenyataan.

“Saya berada di mahkamah pagi tadi bersama beberapa peguam mewakili kedua-dua tertuduh dan tidak ada tanda tidak puas hati daripada Masri atau pasukannya seperti yang digambarkan SPRM.”

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo.

SPRM dalam kenyataan berasa terkejut dan mendakwa keputusan menarik balik kes dibuat oleh pejabat peguam negara dan bukannya daripada agensi itu.

……….
Rujukan:
https://pakdin.my/kes-guan-eng-tommy-thomas-digesa-letak-jawatan-jangan-terkejut/

https://pakdin.my/dua-perkara-pelik-dan-mengejutkan-pembebasan-lim-guan-eng-daripada-kes-jenayah-rasuah/

https://pakdin.my/3-september-bakal-di-isytihar-hari-terkejut-kebangsaan/

UTAMAPOLITIKPeguam terkejut SPRM ‘amat terkejut’ Guan Eng bebas kes rasuah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium