Kes Guan Eng: Tommy Thomas digesa letak jawatan – Jangan terkejut - pakdin.my

Kumpulan peguam menggesa Peguam Negara (AG), Tommy Thomas meletak jawatan berikutan tindakan beliau menggugurkan tuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah lot banglo dan bersubahat.

Ketua Biro Undang-undang Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Fatihah Jamhari dan Ketua Pegawai Eksekutif Profesional Muda (CP), Faidhur Rahman Abdul Hadi masing-masing menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadap Thomas kerana dilihat gagal menegakkan kebenaran.

Fatihah berkata, situasi menggugurkan tuduhan terhadap ahli politik Pakatan Harapan (PH) adalah satu penghinaan kepada undang-undang di mana ia memberikan gambaran yang buruk kepada masyarakat.

“Walaupun keputusan untuk menggugurkan tuduhan itu adalah mengikut budi bicara Peguam Negara, ia bagaimanapun mestilah diuruskan secara bijak dan kritikal.

“Sekurang-kurangnya berikan penjelasan mengapa tuduhan itu digugurkan supaya masyarakat tidak merasakan mereka yang berkuasa mampu memanipulasi undang-undang untuk kepentingan sendiri,” kata Fatihah.

Sementara itu, Faidhur berkata, undang-undang termasuk Perlembagaan, perlu dipinda bagi mencegah perkara seperti ini berlaku.

“Sebelum ini, mereka yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional, termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah didakwa tetapi sekarang ini mereka yang dikaitkan dengan parti pemerintah dibebaskan.

“Saya teringat ketika kerajaan PH menang dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini, pemimpinnya yang kini perdana menteri kita berjanji untuk mematuhi undang-undang. Tetapi sebaliknya apa yang kita lihat sekarang berlaku penghinaan terhadap sistem keadilan kita,” kata beliau.

Susulan kejadian itu, kumpulan peguam berkenaan menyeru Majlis Peguam mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan situasi yang berlaku.

……..
Rujukan:
https://pakdin.my/3-september-bakal-di-isytihar-hari-terkejut-kebangsaan/

https://pakdin.my/dua-perkara-pelik-dan-mengejutkan-pembebasan-lim-guan-eng-daripada-kes-jenayah-rasuah/

UTAMAPOLITIKKes Guan Eng: Tommy Thomas digesa letak jawatan - Jangan terkejut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium