Aliran tunai: Lim Guan Eng main hantam lagi atau salah titik perpuluhan? - pakdin.my

Pertama sekali, baki akhir untuk Akaun Hasil Disatukan setiap bulan tidak pernah lari dari RM18 bilion sehingga RM20 bilion dan penjawat-penjawat awam dalam proses pengurusan aliran wang (cash flow management) akan memastikan sekurang-kurangnya cukup dana sebagai penampan atau ‘buffer’ sekurang-kurangnya untuk dua bulan untuk membayar gaji dan pencen semua penjawat awam.

Maka ini adalah mustahil bahawa baki Akaun Hasil Disatukan hanya RM450 juta pada akhir bulan April 2018 seperti didakwa Lim Guan Eng.

Keduanya, mengikut penyata akaun kerajaan dari Akauntan Negara Malaysia bagi akhir tahun 2017 yang diterbit dan diumumkan secara awam, baki Akaun Hasil Disatukan bukan RM11.41 bilion seperti dituduh Guan Eng tetapi ialah RM18.064 bilion dalam bentuk wang tunai dan simpanan tetap (FD) jangka pendek. Boleh merujuk kepada muka-surat 16 link dibawah:

http://www.anm.gov.my/images/ArkibMedia/Penyata-Kewangan-Kerajaan-Persekutuan/PENYATA%20KEWANGAN%20KERAJAAN%20PERSEKUTUAN%202017.pdf

Penyata kewangan kerajaan bulanan disiapkan pada 15 haribulan. Misalnya bagi bulan April, penyata disiapkan pada 15 Mei di mana kerajaan sudah diambil alih oleh PH. Oleh itu, saya tidak pernah melihat penyata untuk bulan April dan ‘amat terkejut’ dengan tuduhan Lim Guan Eng bahawa baki Akaun Hasil Disatukan pada akhir bulan April hanya RM450 juta.

Ketiga, setiap bulan ada aliran wang masuk dari LHDN, GST dan beberapa sumber lain. Oleh itu baki RM450 juta ini juga langsung tidak masuk akal.

Walaupun penyata akaun bulanan ini tidak didedahkan secara awam dan saya tidak boleh lagi meminta untuk merujuk kepada penyata-penyata ini, pada pengetahuan saya, baki untuk akhir bulan Mac 2018 juga disekitar RM18 bilion.

Mustahil untuk baki ini turun dari RM18 bilion kepada RM450 juta pada bulan April sahaja.

Adakah Menteri Kewangan juga “main hantam” lagi bila membuat tuduhan yang begitu mengejutkan ini sekadar untuk mengelak daripada mengadakan siasatan RCI tentang “rompakan” RM35 billion wang GST dan LHDN seperti yang saya berulang kali meminta untuk mencari kebenaran siapa sebenarnya yang tipu?

Kesemua pengaliran masuk atau keluar wang dari akaun kerajaan akan dicatat dan ada buktinya. Jikalau menteri kewangan tegas dalam pendirian baki pada penghujung bulan April telah jatuh kepada RM450 juta, sudah tentu beliau boleh merujuk kepada pengaliran-pengaliran wang ini dan tidak perlu tanya saya ke mana wang itu pergi.

Memandangkan bahawa adalah tidak adil untuk membuat tuduhan-tuduhan begini kepada kerajaan BN yang dulu dalam keadaan kita tidak lagi boleh memantau dan merujuk kepada penyata-penyata bulanan terutama bagi bulan April, saya meminta kerjasama kementerian kewanagan untuk mendedahkan secara umum maklumat-maklumat yang diperlukan seperti dalam gambar berikut.

……….
Rujukan:
Facebook Lim Guan Eng

……….
Maklumat lanjut:
https://pakdin.my/tag/ketua-audit-negara/

UTAMAEKONOMIAliran tunai: Lim Guan Eng main hantam lagi atau salah titik perpuluhan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium