back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Mahathir arah SPRM ‘beri tekanan ’ pada pemimpin UMNO

    Usah nak melenting sangat lah dan nak menyalahkan Presiden UMNO.

    Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat bekas menteri kabinet di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO.

    Menurut sumber suruhanjaya itu, pihaknya sudah mempunyai senarai pendek nama-nama bekas menteri yang bakal disiasat.

    Arahan itu dipercayai sebagai usaha memberi tekanan kepada pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

    “Perdana Menteri mengarahkan supaya SPRM menyiasat kesemua Menteri dan Timbalan Menteri di bawah pentadbiran BN dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    “Malah, SPRM sedang meneliti dan sudah mempunyai senarai pendek yang bakal dipanggil dalam masa terdekat,” katanya kepada Watan Online.

    Bekas Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed membuat kejutan apabila mengumumkan keluar UMNO selepas 40 tahun berjuang bersama parti itu petang Selasa.

    Alasan Ahli Parlimen Jeli itu, perjuangan UMNO kini sudah tidak selari dengan perjuangan yang dokongnya selama ini.

    Difahamkan Mahathir kini sedang berusaha untuk ‘merampas’ kembali UMNO secara halus dengan mengenakan tekanan terhadap pemimpin utama parti itu supaya meninggalkan UMNO.

    Ia juga salah satu usaha memperkukuhkan kedudukan PPBM ketika mana Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hampir untuk kembali ke Parlimen.

    Watan Online
    ……….

    #RasuahBerleluasa
    #RejimMahfiraun

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)