BERITARON97 naik 14 sen

RON97 naik 14 sen

Harga runcit minyak petrol RON97 naik 14 sen seliter daripada RM2.65 pada bulan September kepada RM2.79 bagi tempoh 1 Oktober 2018 hingga 31 Oktober ini.

Sementara itu, harga petroleum RON95 dan diesel dikekalkan, masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, berdasarkan paparan rasmi di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selepas menerajui pemerintahan negara susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun ini bagi menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Ia selaras dengan manifesto PRU-14 PH yang antara lain berjanji untuk menstabilkan harga bahan api di pasaran tempatan dengan menanggung subsidi bagi mengekalkan harga runcit petrol dan diesel dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa.

Susulan itu, harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan, masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter manakala harga RON97 diapungkan secara apungan terurus sama seperti dilaksanakan pentadbiran terdahulu.

…….

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] 森美兰州选举:国阵发布9大核心竞选宣言,聚焦经济与人民

Manifesto 12 agenda Parti BERSAMA Malaysia

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami