Wakil rakyat UMNO/BN yang meninggalkan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9hb.Mei, 2018 yang lalu akan didakwa di bawah Seksyen 71, Akta Kontrak 1950 (Pindaan) 1974. Di bawah Akta ini jelas menyebut :
“Mana-mana pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab dalam KONTRAK YANG TIDAK BERTULIS hendaklah memulangkan hasil yang telah diterimanya (iaitu keuntungan atau keistimewaan yang diperolehi)”. 🤜Ini termasuk PERLU mengosongkan kerusi Parlimen ataupun DUN yang telah dimenanginya pada PRU-14 yang lalu🤛..
Sebagai sebuah pertubuhan parti politik berdaftar, UMNO mendapati haknya telah dicabuli dan telah dilanggar oleh wakil rakyat UMNO yang melompat keluar parti samaada menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai parti lain. UMNO mendakwa mempunyai ‘LOCUS STANDI” (iaitu hak dari segi undang-undang untuk mendakwa) di bawah Akta Kontrak 1950 ini bagi menuntut kembali hak-haknya yang telah dicabuli dan dilanggari..
Kerana “KONTRAK” adalah suatu cabang perundangan di Malaysia. Perundangan “kontrak” menekankan tentang BALASAN. “Balasan (In Consideration Of)” maknanya pertukaran bahan yang menjadi intisari atau intipati kepada ‘kontrak’. Di bawah peruntukan Akta Kontrak 1950, sesuatu ‘kontrak’ cukup sekadar kedua-dua pihak merakamkan PERSETUJUAN mereka baik dalam bentuk SECARA LISAN atau tulisan bahawa “Sesuatu balasan itu hendaklah DIKOTAKAN (ditunaikan atau dilaksanakan) oleh pihak yang menerima tawaran kontrak itu..
Disamping konsep asas dalam undang-undang “kontrak” :
“Apabila satu pihak yang telah menyempurnakan bahagian sumbangannya (dalam kes ini parti UMNO), maka sewajarnya pihak yang satu lagi (dalam kes ini wakil rakyat UMNO) memberi manfaat yang diharapkan dalam perjanjian dan persetujuan tersebut”..
Walaupun sesuatu kontrak itu dibuat ‘secara lisan’, tiada kontrak bertulis, maka PRINSIP EKUITI diterima pakai, yang mana pihak yang GAGAL MENYEMPURNAKAN bahagian mereka (dalam kes ini wakil rakyat UMNO) HENDAKLAH memulangkan manfaat yang telah diterima” iaitu segala keuntungan atau keistimewaan yang telah diperolehi..
Dalam KES WRIT SAMAN ini parti politik UMNO adalah pihak yang menjadi mangsa mengalami ‘kerugian’ mempunyai ‘locus standi’ untuk mendaftarkan pendakwaan menuntut MAHKAMAH memutuskan :
👁🗨 Wakil rakyat UMNO yang lompat parti wajib memulangkan wang peruntukan pilihan raya (PRU-14)..
👁🗨 Wakil rakyat UMNO yang lompat parti wajib membayar balik segala kos-kos yang telah dikeluarkan oleh UMNO/BN bagi membolehkan mereka iaitu calon itu menang dalam PRU-14..
👁🗨 Wakil rakyat UMNO itu wajib MENGOSONGKAN kerusi Parlimen atau DUN yang telah dimenangi mereka atas tiket UMNO pada PRU-14..