back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    [Video] Shafee harap Jho Low tampil, mahu soal balas

    Peguam terkemuka Tan Sri Shafee Abdullah berharap ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low akan hadir dalam kes yang melibatkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Razak.

    Menjawab satu soalan, beliau berkata Jho Low sebagai saksi akan dapat memberikan makna dan konteks terhadap “jutaan dokumen” terhadap pertuduhan itu.

    “Saya harap dia muncul kerana anda boleh mengetahui kebenaran.

    “Terdapat banyak dokumen, berjuta-juta dokumen, tetapi anda tidak dapat membawakan seseorang untuk memberi keterangan mengenai dokumen-dokumen ini, untuk memberikan makna dan konteks.

    “Sekiranya Jho Low berada di sini (di Malaysia), anda tidak boleh mengelakkan untuk mendapatkan dia sebagai saksi. Saya mahu menyoal balas (dia),” katanya kepada pemberita di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur petang ini.

    Pada Ogos, Jho Low dan bapanya, Low Hock Peng menghadapi pertuduhan jenayah “tanpa kehadiran tertuduh” (in absentia) berkaitan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

    Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sukar bagi pihak berkuasa menangkap Jho Low walaupun menerima maklumat mengenai keberadaannya.

    LIHAT video:
    https://youtu.be/TLWBvSS2scA

    …….
    https://pakdin.my/tag/amla

    https://pakdin.my/jho-low-bapa-tiada-dalam-senarai-interpol-rejim-mahathir-pembohong/

    https://pakdin.my/pemburuan-jho-low-hanya-opera-cina-rejim-pakatan-harapan/

    https://pakdin.my/memalukan-kenyataan-media-pdrm-tak-selari-fakta-kata-polis-macau/

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend