Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaEKONOMITiga kali defisit: Rejim...

Tiga kali defisit: Rejim Mahathir dimalukan oleh Bank Dunia - pakdin.my

Hari ini, saya sempat baca laporan terkini dari ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa iaitu Moody’s, Standard & Poors dan Fitch Ratings.

Tiada satu pun dari ketiga-tiga agensi penarafan itu menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion.

Laporan Bank Negara Malaysia terkini juga menyatakan bahawa hutang kita pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion iaitu kenaikkan dari RM686 bilion pada akhir bulan 2017. Juga bukan RM1 trilion.

Saya juga baca laporan Bank Dunia minggu lalu dan mereka juga tidak menyebut hutang kita adalah RM1 trilion.

Tetapi minggu lalu, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walaupun berita ini dilaporkan dengan agak meluas di luar negara (contohnya di Nikkei, media Jepun) tetapi media tempatan tidak membuat liputan luas mengenainya.

Minggu lepas, kerajaan juga mengeluarkan laporan dagangan antarabangsa untuk bulan Ogos. Eksport telah menurun manakala import naik dengan tinggi. menyebabkan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu paling rendah bagi tempoh 45 bulan. Laporan itu juga mengesahkan eksport minyak sawit jatuh sebanyak 27% (berbanding unjuran saya pada 26%).

Dua bulan dahulu, saya pernah memuatnaik unjuran kejatuhan ini akan berlaku:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155548263225952/

Pada masa itu, saya menulis:

“Banyak juga yang membimbangkan. Lebihan dagangan antarabangsa juga jatuh teruk dalam bulan Mei dan Jun kepada RM6 bilion iaitu setengah daripada lebihan RM13 bilion untuk bulan April kerana jumlah import kita telah naik dengan pesat manakala kadar pertumbuhan ekspot kita telah menurun. Ini mungkin disebabkan oleh GST disifarkan dan menyebabkan pengguna menjurus kepada pembelian barang import.”

Saya juga memberi amaran melalui satu wawancara dengan portal media tempatan tentang kemungkinan Malaysia akan menghadapi situasi defisit berganda di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/25/najib-kami-tinggalkan-baki-tunai-banyak-kini-bersiap-hadapi-defisit/

“Bekas menteri kewangan itu juga berkata import kini bertambah lebih cepat daripada eksport sejak kadar GST disifarkan, selain pertambahan dalam penggunaan domestik.”

“Akibatnya, lebihan dagangan kita jatuh,” katanya. “Keadaan ini dan ditambah dengan pengaliran keluar modal sejak pilihah raya, menyebabkan lebihan akaun semasa kita merosot teruk dan memeranjatkan banyak pihak. Ia kini jatuh kepada AS$1 bilion, jauh kurang berbanding AS$15 bilion dalam suku lepas.

“Beliau memberi amaran tentang ‘defisit berganda’ sekiranya kerajaan PH membenarkan lebihan itu bertukar menjadi defisit.

“Jika permintaan domestik dan import terus meningkat dalam keadaan pertumbuhan eksport merosot, kita juga boleh berhadapan dengan defisit dagangan, dan itu bermakna 3 kali defisit iaitu defisit bajet, defisit akaun semasa dan defisit dagangan luar.”

Nampaknya kebimbangan saya pada masa itu semakin menjadi kenyataan. Saya harap kerajaan PH prihatin tentang kemungkinan berlakunya 3 defisit ini.

Najib Razak

………….
https://pakdin.my/tag/ekonomi

https://pakdin.my/tag/najib-razak

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838