UtamaEKONOMIRejim Mahathir Jual aset...

Rejim Mahathir Jual aset negara - pakdin.my

Dengan menggunakan alasan hutang negara ialah RM1 trilion, kerajaan sudahpun mengumumkan bahawa bajet untuk 2019 bakal mengenakan lebih banyak cukai dan akan ada langkah menjual tanah dan aset negara.

Tony Pua yang merupakan pembantu khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan lagi bahawa kerajaan akan jual (cairkan) aset dan saham Khazanah dan PNB untuk “membayar hutang”.

Semasa saya menjadi Perdana Menteri, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion dari akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017 manakala aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM279.2 bilion.

Bila disebut PNB iaitu pemegang ASN, ASB dan sebagainya, ramai pencarum mungkin marah apabila kerajaan mengumumkan mahu cairkan aset PNB tetapi ramai yang tidak tahu bahawa PNB juga menguruskan dana sendiri yang dipanggil “propriety funds” selain dari mengurus dana pencarum.

Dana PNB sendiri, iaitu aset negara, telah naik dari sekitar RM12 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM43.9 bilion pada akhir 2017.

Penjualan aset negara terutama aset dalam bentuk saham disenarai adalah langkah yang paling mudah untuk diambil. Hari ini umum, esok boleh jual.

Tetapi adakah langkah ini bijak dan telah dikaji dengan betul?

Kita patut mengimbangi kos berbanding kebaikan (cost vs benefit) sebelum membuat sesuatu keputusan.

Hutang kerajaan kebanyakannya adalah dalam bentuk bon ataupun sukuk. Kadar faedah ke atas bon-bon ini adalah sekitar 3.6 peratus setahun.

Purata kadar pertumbuhan aset dalam Khazanah ialah 9.6 peratus setahun manakala PNB ialah 9.2 peratus setahun – jauh lebih tinggi dari kos faedah hutang.

Saya beri contoh: pada tahun 2008, aset Khazanah ialah RM33.7 bilion. Jika kita jual keseluruhan aset Khazanah pada tahun itu, kita dapat mengurangkan hutang negara sebanyak RM33.7 bilion.

Ia juga bermaksud kita akan mengurangkan beban faedah hutang sebanyak RM1.2 bilion setahun jika kadar riba ialah 3.6% – iaitu penjimatan RM10.1 bilion untuk tempoh 9 tahun sehingga akhir tahun 2017.

Oleh kerana pada masa itu kita tidak jual aset Khazanah, asetnya meningkat dari RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017 – iaitu keuntungan RM82 bilion.

Pilihan mana yang lebih bijak? Keuntungan RM82 billion ataupun penjimatan RM10.1 bilion?

Adakah langkah untuk menjual aset negara hari ini seumpama menggadai masa depan negara bagi menampung langkah populis kerajaan hari ini?

Menteri Kewangan kita sebenarnya pakar jual aset. Semasa dia ketua menteri Pulau Pinang, dia banyak jual tanah, hak tanah dan saham milik kerajaan negeri untuk menunjukkan lebihan bajet (budget surplus) setiap tahun walaupun perbelanjaan tahunan kerajaan negeri naik sebanyak 3 hingga 4 ganda lebih banyak selama 10 tahun itu.

Sekadar nak jual aset, bukan pandai pun.

Meningkatkan ekonomi negara yang akan turut melonjakkan hasil kerajaan ialah langkah yang patut diambil.

Saya masih tegas berpendirian bahawa hutang negara bukanlah RM1 trilion. Laporan dari ketiga-tiga Agensi penarafan kredit antarabangsa di dunia dan Bank Dunia baru-baru ini pun tidak memberi angka hutang kita ialah RM1 trilion. BNM sendiri pun tidak meletakkan angka ini sebagai hutang negara rasmi.

Masalah pokok ialah langkah-langkah populis seperti tempoh bebas cukai 3 bulan (tax holiday), bertukar dari GST ke SST yang menyebabkan pengelakan cukai berleluasa dan mengembalikan subsidi pukal yang nyata banyak ketirisan telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion.

Akibat dari langkah-langkah ini, rakyat pula digesa untuk berkorban dan mendepani kesusahan.

Apa yang saya risau ialah, penjualan aset-aset dan tanah negara ini bukan untuk mengurangkan hutang tetapi untuk menampung kehilangan hasil RM40 bilion ini.

Kita sama-sama tengok bajet yang akan datang ialah bajet lebihan ataupun bajet defisit. Jika defisit maksudnya, penjualan aset dan tanah ialah untuk menampung kehilangan hasil dan bukan untuk mengurangkan hutang.

Sumber:
Najib Razak

……….
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/ekonomi

https://pakdin.my/tag/najib-razak

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...