Doa pelbagai agama: Maaf lah Mufti, Islam Pakatan Harapan DAP hanya rujuk kepada DAP soal agama

Tindakan beberapa individu beragama Islam membaca doa bersama penganut agama lain pada Program Perpaduan Dalam Kepelbagaian di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam tadi disifatkan merendahkan martabat Islam.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata walaupun berniat baik, perbuatan itu tetap salah kerana Islam seharusnya memimpin bukannya dipimpin.

Katanya, tindakan individu terbabit yang bergilir-gilir membaca doa bersama penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh seolah-olah memberi gambaran Islam setara agama lain.

“Ia salah dan bagi tanggapan masyarakat bukan Islam, Islam setaraf dengan agama mereka. Al-Quran menyatakan tiada agama lain diterima Allah melainkan Islam.

“Mereka tahu mengenai itu tetapi mengapa berkongsi pentas yang sama, sekali gus menjatuhkan martabat agama suci kita,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Yusof berkata, niat mewujudkan kesepakatan boleh dilakukan tetapi bukan dengan cara berkongsi pentas dan membacakan doa mengikut kepercayaan masing-masing.

“Perkara ini tidak pernah diajar atau dilakukan, apatah lagi orang Islam sendiri mendengar bacaan doa daripada penganut agama lain.

“Apa yang berlaku ini sama seperti kita tahu minum arak dan berjudi adalah haram di sisi Islam, tetapi kenapa dilakukan,” katanya.

NSTP malam tadi, melaporkan program anjuran Sathya Sai Organisation of Malaysia menyaksikan lima wakil setiap agama berkongsi pentas dengan memperdengarkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara kepada 300 hadirin.

*Maaf Mufti puak-puak PH bukan dia orang nak rujuk Mufti, mereka hanya rujuk kepada DAP aje

https://pakdin.my/tag/liberal

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...