Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Himpunan #Justice4Adib anjuran UMMAH serah memo desak PM pecat Waytha - pakdin.my

Himpunan #Justice4Adib anjuran UMMAH serah memo desak PM pecat Waytha - pakdin.my

Himpunan Justice4Adi di anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata, memorandum itu bertujuan menunjukkan isyarat jelas rakyat pelbagai bangsa yang berkumpul hari ini menyatakan kekesalan atas insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, Subang Jaya pada 28 November lalu.

Insiden itu didakwa mereka gagal ditangani oleh Menteri Perpaduan di JPM, P. Waytha Moorthy yang akhirnya mengundang kematian angota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2 Disember lalu.

“Ini adalah sejarah yang mana suara rakyat yang mengumpulkan petisyen tandatangan 300,000 sebagai isyarat kepada kerajaan semasa bahawa kami komited dengan keadilan rule of law seperti yang dilaung-laungkan pihak kerajaan.

“Maka kami juga berharap kerajaan komited dengan apa yang mereka perjuangkan supaya tidak ada campur tangan politik dalam kes (kematian Adib) yang kita anggap begitu tragis dan serius yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang penjawat awam yang tidak membawa senjata.

“Arwah hanya datang untuk menyelamat tetapi akhirnya menemui ajal, disebabkan tangan- tangan durjana tanpa belas kasihan dan keperikemanusiaan dipukul sehingga membawa kematian,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu lebih 300 orang diketuai Aminuddin serta 300 wakil NGO telah berkumpul di hadapan Masjid Putra Putrajaya selepas solat Jumaat sekitar 2 petang tadi.

Mereka melaungkan ‘Hidup, Hidup, Hidup Islam, Undur, Undur, Undur Waytha Moorthy dan Undur., Undur, Undur Ganabatirau’ sambil membawa sepanduk terteranya perkataan ‘ #JUSTICE4ADIB Solidariti Suara Ummah Menuntut Menteri Perpaduan Letak Jawatan’ bersama imej warna hitam putih arwah Muhammad Adib.

Mereka kemudian bergerak menuju ke Jabatan Perdana Menteri sekitar 2.15 petang dan tiba di hadapan bilik pengawal keselamatan pintu masuk pukul 2.35 petang.

BACA juga  Najib dedah 'orang Mahathir', perenang negara datang rumah minta RM10 juta

Aminuddin serta tiga lagi wakil himpunan itu telah dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Aminuddin berkata, memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahaya.

Semasa penyerahan memorandum katanya, pihaknya telah menjelaskan kepada Abu Bakar mengenai kandungan memorandum itu dan antaranya, Perdana Menteri harus memecat segera menteri terlibat keduanya jangan membiarkan Waytha melibatkan Peguam Negara untuk mencampuri keputusan mahkamah sebaliknya teruskan rule of law yang dipegang kerajaan Pakatan Harapan.

“Setiausaha Politik PM bersetuju menyatakan komitednya dan akan memanjangkan memorandum itu kepada Perdana Menteri nanti.

“Kita kalau tidak ada tindakan drastik daripada kerajaan maka kita akan mengadakan gerakan besar-besaran selepas ini.

“Kami tidak memberikan sebarang tempoh masa untuk PM bertindak cuma harapkan tindakan menyusul seberapa segera mungkin,” tegasnya lagi sebelum bersurai beramai ramai sekitar 3.30 petang tadi.

Terdahulu Aminuddin dalam ucapan di hadapan Masjid menjelaskan, Waytha bukan sahaja gagal menjalankan tugasnya menjaga perpaduan malah terus angkuh menyalahkan polis lambat bertindak pada hari rusuhan.

Beliau turut mahu pengerusi kuil berkenaan juga diambil tindakan kerana mengeluarkan pembohongan besar kononnya Muhammad Adib dilanggar kenderaan sambil menyifatkannya sebagai jijik dan tidak bermoral.

“Kerajaan dan PM melaungkan Rule of Law tetapi menteri dia sendiri melanggarnya, ini menteri ‘kampung’ (diiringi sorakan undur Waytha),” katanya.

Menurutnya, PM tidak boleh mengambil enteng suara rakyat termasuk petisyen 300,000 orang dan pihaknya akan terus komited berjuang sehingga penjenayah bertanggungjawab ditangkap dan diheret ke muka pengadilan.

Menurutnya, hampir 1,000 orang telah hadir bersama ke Himpunan #JUSTICE4ADIB hari ini walaupun dalam keadaan panas terik.

LIHAT video:
https://youtu.be/iZxUYOX2dKU

LIHAT video:
https://youtu.be/4LpzkS_d9lk

…………

BACA juga  The Perwaja Steel Scandal

https://pakdin.my/tag/muhammad-adib

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285