Ikat tepi caj 30 sen: Jawapan peniaga, Tak Ada Nilai? - pakdin.my

Jawapan beliau juga mengundang kecaman netizen yang menganggap jawapan beliau sebagai sombong dan tidak memahami isu sebenar apa yang di caj.

Persoalannya pelanggan sudah membayar harga untuk bungkus dan dikenakan ca tambahan 30 sen untuk menggunakan mangkuk. Lihat pada resit.
……..
Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pengusaha restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) tampil menjelaskan mengenai caj 30 sen untuk servis ‘ikat tepi’ bungkusan air limau yang tular di media sosial.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial pada Jumaat, wanita tersebut menjelaskan 30 sen itu sebenarnya adalah ‘nilai tambah’ kepada saiz air minuman dengan bilangan limau yang lebih banyak.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, 30 sen tidak membawa apa-apa nilai,” katanya.

Pada Khamis tular mengenai pelbagai reaksi netizen yang berang dengan tindakan sebuah restoran di R&R mengenakan caj 30 sen untuk air minuman yang dibungkus.

Ia susulan gambar sekeping resit yang dimuat naik di laman sosial milik seorang pembeli yang memesan air limau asam boi berharga RM3.50 turut menyebut caj tambahan 30 sen untuk servis ‘ikat tepi’, menjadikan jumlah bayaran adalah RM3.80.

Sambil menunjukkan dua gelas air limau yang diletakkan di atas meja, wanita itu berkata, ia adalah gelas air minuman berisi ais untuk pelanggan yang minum di restoran, manakala segelas lagi air minuman tanpa ais sebelum dibungkus untuk dibawa pulang pelanggan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan bahawa penjelasan pengusaha itu mengenai caj 30 sen sebagai ‘ikat tepi’ tetap mengelirukan.

Katanya, tidak dinafikan sesetengah kedai mengenakan caj berlainan iaitu lebih tinggi bagi air yang dibungkus kerana kuantiti lebih banyak berbanding air yang diminum di kedai.

“Tapi penjelasan pengusaha tersebut mengenai istilah ‘ikat tepi’ mengelirukan. Ia seolah-olah caj yang dikenakan adalah servis mengikat bungkusan air itu.

“Adakah 30 sen itu merujuk kepada ikatan atau kos tali yang diikat pada bungkusan tersebut? Jadi, lebih jelas dan faham sekiranya pengusaha sebut RM3.80 itu adalah harga air minuman yang dibungkus,” katanya.

Beliau menambah, pengusaha juga perlu menyenaraikan harga minuman dan makanan di premis dan dibungkus pada menu dan bukan pada resit semata-mata, sekiranya terdapat perbezaan harga kedua-duanya.

LIHAT video:
https://youtu.be/Y4U3kEGDU6Y

UTAMABERITAIkat tepi caj 30 sen: Jawapan peniaga, Tak Ada Nilai?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium