Troll yang macamana di katakan haram? - pakdin.my

Tajuk soal jawab: HUKUM TROLL DALAM MEDIA SOSIAL

Tajuk akhbar arus perdana: HUKUM TROLL HARAM

Antara intipati dari soal jawab Mufti berkenaan yang ditinggalkan dalam laporan/pemberitaan:

“Jika troll yang dilakukan hanya sekadar sindiran dengan bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, maka ia tidak mengapa.”

Dengan Troll itu lah petani, pekebun dan nelayan dapat semula bantuan.

Dengan Troll juga rakyat menerima bantuan seperti BR1M yang dah ditukar nama, walaupun jumlah dan penerima berkurangan.

Dengan Troll harga minyak diapungkan dan rakyat tidak lagi memberi subsidi kepada kerajaan.

Dengan Troll juga banyak terjawab pembohongan dan fitnah yang dibuat oleh Menteri rejim PH.

Dan banyak lagi perubahan yang menguntungkan rakyat daripada troll yang dilakukan, troll kepada yang mungkir janji supaya menunaikan janji dan sebagainya.

Maksud troll disini adalah dengan sindiran supaya mereka berhenti melakukan kesilapan, tidak terus berbohong serta memfitnah, supaya menunaikan janji atau dengan perkataan mudah supaya tidak menjadi MUNAFIK.

Bagaimana pula dengan perbuatan menahan orang dengan meletakkan pelbagai tuduhan dengan kertas pertuduhan yang tidak ada atau tidak siap kemudiannya menyebarkan untuk menimbulkan PERSEPSI orang itu sudah bersalah dan membiarkan orang ramai membuat andaian dengan niat mengaibkan orang yang dituduh?

Ya, apa pula hukum perbuatan menggunakan seluruh media menimbulkan PERSEPSI buruk?

https://pakdin.my/tag/munafik

UTAMABERITATroll yang macamana di katakan haram?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium