UtamaPOLITIKAWAS, kemaraan hegemoni pendidikan...

AWAS, kemaraan hegemoni pendidikan Cina - pakdin.my

Di mana ‘political will’ pemimpin Pakatan Harapan untuk menjadikan pendidikan sebagai wadah utama untuk integrasi nasional? Pemimpin Melayu PH pula masih bermimpi menganggap rasis hanya milik orang Melayu?

Mengapa sistem pendidikan berorientasikan kaum tinggalan penjajah yang kemudiannya memberi talian hayat selama 60 tahun kepada BN yang PH label sebagai mengamalkan politik perkauman boleh diteruskan malah disalurkan lagi peruntukan kerajaan?

Muka depan akhbar China Press hari ini memaparkan barisan menteri dan timbalan menteri yang semacam meraikan kejayaan pendidikan Cina.

Sejak kelmarin lagi, saya meneliti pola berita TV jam 8 malam.

Pada ketika siaran berita TV berbahasa kebangsaan Jumaat lalu sibuk bercakap isu nasional daripada penurunan harga minyak dan ancaman ribut Pabuk di pantai Timur Semenanjung, berita Cina TV2 fokusnya jelas kepada kepentingan kaum mereka. Tidakkah itu mencerminkan nilai rasis cuba untuk dinormalisasikan?

Lihat pada bukti catatan masa pada gambar-gambar berikut. Pada jam 8.08 malam, berderet berita tentang pendidikan Cina saja. Yang sempat ditonton berita tentang sidang media Tun Dr Mahathir berhubung pengiktirafan UEC iaitu sijil peperiksaan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Dilanjutkan pula dengan khabar gembira tentang peruntukan kerajaan kepada SMPC.

Menyaksikan kegembiraan menteri dan timbalan menteri Cina terhadap kejayaan pendidikan berorientasikan kaum mereka selain fokus berita TV dan akhbar Cina, adakah ini tidak cukup mencelikkan kita tentang ANCAMAN jangka panjang terhadap PENDIDIKAN KEBANGSAAN?

Adakah Malaysia Baru hanya laungan palsu lantaran dieksploitasi untuk kepentingan kaum dan ruang untuk menonjolkan HEGEMONI CINA?

Jika ikhlas mahu mencapai PERPADUAN NASIONAL, bagaimana Malaysia Baru hanya pejam mata membiarkan dasar pengasingan kaum diteruskan dalam aspek paling penting kita hidup bernegara iaitu PENDIDIKAN?

Bagaimana ketika orang Melayu diingatkan supaya tidak RASIS tetapi semangat perkauman kaum lain yang disuburkan dalam pendidikan vernakular tinggalan kolonial dibiar malah dirai?

Bagaimana ketika banyak lagi Sekolah Kebangsaan sama ada peringkat rendah dan menengah termasuk nun di pedalaman Sabah dan Sarawak memerlukan lebih banyak peruntukan, RATUSAN JUTA RINGGIT dana kerajaan “hangus” disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Menengah PERSENDIRIAN Cina yang sudah sedia mewah didanai elit ekonomi kaum mereka?

https://pakdin.my/tag/cina
https://pakdin.my/tag/dap

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...