Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKApabila Pendatang Fikir Yang...

Apabila Pendatang Fikir Yang Mereka Ini Tuan Rumah - pakdin.my

Jadi janganlah timbulkan isu keistimewaan orang Malayu atau kedudukan Raja-Raja Melayu sekiranya tidak mahu orang Melayu timbulkan isu hak orang bukan Melayu untuk diberi kerakyatan Malaysia.

Masalah masyarakat Cina ini adalah mereka memikirkan yang mereka ini tuan rumah, yang lebih berhak dari kaum Bumiputera kerana mereka membayar 90% dari cukai pendapatan.

Pertama sekali, betul ke mereka yang mambayar 90% dari cukai pendapatan? Ini mungkin satu cerita dongeng yang telah dibuat untuk dijadikan propaganda semata-mata. Walau pun betul masyarakat Cina membayar 90% dari cukai pendapatan, berapa peratus cukai pendapatan ini dibandingkan dengan cukai-cukai yang lain?

BACA sini: Bangsa Cina membayar 90% daripada keseluruhan cukai di Malaysia? – Kenyataan Bermotivasi Perkauman
https://pakdin.my/bangsa-cina-membayar-90-daripada-keseluruhan-cukai-di-malaysia-kenyataan-bermotivasi-perkauman/

Cukai pendapatan adalah sebahagian kecil dari berbagai-bagai cukai yang lain. Dan orang Melayu juga membayar kesemua cukai yang lain ini. Bagaimana pula tentang cukai korporat? Berapa banyak pulak Petronas dan beribu-ribu GLC-GLC ini bayar berbanding dengan syarikat-syarikat Cina? Syarikat asing pun membayar cukai korporat yang jauh lebih tinggi dari apa yang syarikat Cina bayar.

Dan ini belum kita sentuh lagi isu masyarakat Cina dan syarikat-syarikat Cina yang ‘lari cukai’. Mengikut Perbendeharaan Malaysia, masyarakat Cina dan syarikat-syarikat Cina membayar kurang dari separuh cukai yang sepatutnya mereka bayar. Kebanyakan orang Melayu pula ‘makan gaji’. Jadi mereka tak boleh lari dari membayar cukai. Hanya mereka yang ‘bekerja sendiri’ boleh lari dari bayar cukai.

Walau bagaimana pun, isu cukai ini hanya satu bab sahaja. Dan kita tidak boleh guna isu bayar cukai sebagai hujah untuk menafikan kedudukkan orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, di mana orang Melayu ada keistimewaan.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan Kemerdekaan oleh penjajah British, satu Kontrak Sosial telah dipersetujui dimana orang Melayu akan diberi keistimewaan, Persekutuan Tanah Melayu akan kekal sebagai negara Raja Perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi negara, dan Bahasa Melayu akan dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebagai balasan, orang bukan Melayu akan diberi kewarganegaraan Malaysia dan tidak akan di hantar pulang ke negara asal mereka. Kalau orang bukan Melayu ingin batal perjanjian ini, maka orang Melayu tidak ada masalah sebab yang akan rugi adalah orang bukan Melayu, bukannya orang Melayu.

Jadi janganlah timbulkan isu keistimewaan orang Melayu atau kedudukan Raja-Raja Melayu sekiranya tidak mahu orang Melayu timbulkan isu hak orang bukan Melayu untuk diberi kerakyatan Malaysia.

Oleh Raja Petra Kamarudin

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918