Wednesday, September 11, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Peletakan Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Dan Selepasnya – Tun Abdul Hamid - pakdin.my

Pada 6 Januari 2019, Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia meletak jawatannya. Tiada alasan diberikan. Saya juga tidak akan menduga.

Bagi saya 6 Januari 2019 adalah suatu hari yang sangat penting bagi sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Ia menunjukkan kematangannya.

Jika YDPA, atas sebab-sebab yang diketahui olehnya, berpendapat bahawa baginda tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik sebagai seorang YDPA, atau jika baginda tidak sukakan pekerjaan itu atau baginda tidak sukakan orang yang baginda perlu bekerja dengannya atau atas alasan apa pun, tindakan yang baik untuk dilakukannya ialah meletakkan jawatan.

Kita tahu bahawa beberapa hari sebelum tarikh itu, Raja-Raja mengadakan mesyuarat tidak berjadual. Kita tidak tahu sama ada mereka membincang berkenan YDPA Ke-15 atau kedudukannya, apa keputusan yang dibuat, jika ada dan sama ada ia telah disampaikan kepada baginda

Jika jawapan kepada semua soalan-soalan ini adalah afirmatif yang mengakibatkan peletakan jawatan itu, itu adalah cara yang sangat terhormat dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Malah Dato’ Seri Najib, katakanlah apa yang anda suka mengenainya, menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan dengan cara yang terhormat apabila partinya kalah dalam GE 14.

Bandingkan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak selepas GE 13 yang berpaut di meja Speaker apabila pengawal-pengawal dewan cuba mengeluarkannya dengan paksa apabila beliau enggan mengosongkan kerusinya, selepas kerajaannya kehilangan majoriti dalam dewan itu.

Jika beliau berpendapat bahawa kerajaannya masih mempunyai majoriti dan/atau beliau fikir beliau lebih kuat daripada pengawal-pengawal itu sekali pun, beliau sepatutnya bangun dan berjalan keluar dengan cara yang bermaruah kerana, bukanlah martabatnya, sebagai seorang Speaker, yang berpakaian lengkap, untuk bergelut dengan pengawal-pengawal itu, apatah lagi, apabila akhirnya, beliau di angkat keluar dari dewan itu. Beliau sepatutnya mencari remedi lain.

Saya telah menyatakan pendapat saya bahawa adalah satu kesilapan bagi YDPA memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang masih menjalani hukuman pemenjaraannya dan memberitahu bahawa beliau akan diampunkan, juga sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Lebih buruk lagi apabila YDPA memberitahu Dato’ Seri Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya. Itu demoralise mahkamah, Pendakwa Raya dan polis kerana ia seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan sebelumnya. (Lihat Pengampunan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan Kepada Saiful (14 05 2018)).

Suatu perkara lagi yang kita baca dalam media yang dilakukan semasa pemerintahan baginda ialah YDPA selalu mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.

Majlis mengangkat sumpah pelantikan kontroversi Tun Md Rauf sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan untuk tempoh lanjutan itu dilakukan pada waktu malam. Begitu juga majlis angkat sumpah Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara. Ini adalah fungsi rasmi YDPA yang serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat.

Majlis mengangkat sumpah Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri wajar diberi perhatian khusus.

Kita membaca bahawa sebaik sahaja pengumuman keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa PH telah mendapat majoriti, pada malam itu juga, Tun Dr. Mahathir pergi ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kerana takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH kehilangan majoriti.

Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal Perdana Menteri untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan YDPA jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat sumpah beliau sebagai Perdana Menteri.

Kedua, YDPA tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya di bawah tekanan. YDPA berhak memuaskan dirinya siapa, menurut pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih itu.

Jika Ahli-Ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, biarkan mereka berbuat demikian. Sekurang-kurangnya, YDPA sepatutnya berpeluang untuk memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada siang hari keesokan harinya.

Upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri adalah upacara mengangkat sumpah yang paling penting yang dilakukan oleh YDPA. Ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai, dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan Perdana Menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen. Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..

Saya harap di masa hadapan YDPA tidak akan tunduk kepada tekanan. Biarkan calon Perdana Menteri piket di luar Istana Negara sepanjang malam jika beliau mahu!

Adalah juga diharapkan, tidak lama lagi Raja-Raja akan memilih YDPA baru yang memahami sistem raja berperlembagaan, federalisme, kedaulatan undang-undang, memahami dan menghormati Perlembagaan dan mematuhinya.

Zaman kuasa mutlak Kesultanan Melaka sudah berlalu. Raja berperlembagaan mesti sedar bahawa kuasanya datang dari Perlembagaan. Perlembagaanlah yang memberi dan menghadkannya. Perlembagaanlah yang menentukan bagaimana kuasa-kuasa itu dilaksanakan.

Ada kuasa yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicara, manakala yang lainnya kena dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri. Perkataan “atas nasihat” mempunyai makna yang berbeza daripada perkataan nasihat yang digunakan dalam perbualan harian. Ia bermakna anda perlu mengikutinya, sama seperti Raja-Raja Melayu mesti mengikut “nasihat” Resident Inggeris sebelum Merdeka.

Saya minta maaf kiranya saya membuat bunyinya tidak sedap didengar. Tetapi, itulah realitinya. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa. Katalah itu cara orang Inggeris berbuat sesuatu.

Setelah berjuang begitu lama menuntut daripada raja-raja mereka yang berakhir dengan raja berperlembagaan yang kita ambil pakai, kata-kata “atas nasihat” tentunya lebih diplomatic dan lebih sedap didengar daripada “seperti yang diperintahkan” atau “mengikut arahan” Perdana Menteri!

Terdapat satu perkara lagi yang perlu diketahui oleh YDPA, iaitu konvensyen. Sistem raja berperlembagaan tidak boleh berfungsi tanpa konvensyen. Ada perkara yang YDPA, seperti juga King atau Queen England mesti lakukan walaupun Perlembagaan (Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis, England tidak) Perlembagaan tidak menyebutnya.

Satu contoh yang baik ialah Perkara 44 adalah contoh yang baik:

“44. Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.”

Menurut konvensyen, selepas kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan sesuatu rang undang-undang, YDPA hendaklah memberi persetujuan baginda. Menurut konvensyen, baginda tidak boleh menolak untuk memberikan persetujuannya.

Sekiranya konvensyen ini dan konvensyen-konvensyen lain diketahui dan dipatuhi pada tahun 1983, mungkin krisis perlembagaan pertama dapat dielakkan dan pindaan-pindaan yang banyak yang dilakukan kepada Perlembagaan itu tidak perlu.

Nasib baik atau tidak, selepas tiga Perdana Menteri pertama adalah peguam, Perdana Menteri keempat pada masa itu, seperti yang ketujuh, adalah seorang doktor perubatan. Maka, doktor perubatan itu pun melakukan pembedahan ke atas Perlembagaan yang digubal oleh Law Lords England.

Biasanya, setiap orang yang menjalani pekerjaan baru melalui latihan dalam perkhidmatan. Saya fikir pekerjaan yang tertinggi dan paling penting di negara ini juga tidak patut dikecualikan, melainkan YDPA adalah seorang peguam. Tiada apa-apa yang hendak dimalukan. Adalah lebih baik untuk belajar lebih awal daripada membuat kesilapan kemudian, apatah lagi apabila kesilapan itu akan membawa akibat kepada seluruh negara.

Sampai kepada rakyat. Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu untuk meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan dalam berbagai perkara, undang-undang, pentadbiran dan politik di mana mereka tidak mendapat perhatian atau penyelesaian yang memuaskan daripada kerajaan.

Sekarang, terdapat satu trend menghantar memorandum kepada Raja-Raja mengenai isu politik semasa, meminta Raja-Raja, melalui Majlis Raja-Raja, untuk campur tangan. Perlu diingati bahawa Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan untuk tujuan tertentu. (Sila baca ucaptama saya “Majlis Raja-Raja: Fungsinya Menurut Perlembagaan Persekutuan” (19 September 2017).

Adalah penting bahawa YDPA, Raja-Raja, ahli-ahli politik dan rakyat mengetahui kuasa dan sempadan bidangkuasa institutsi-institusi dalam sistem raja berperlembagaan dan institusi-institusi itu hendaklah befungsi dalam sempadan bidangkuasanya dan tidak diminta untuk mengganggu dalam perkara-perkara di luar bidang kuasanya.

Apa yang paling menyakitkan hati sekarang ialah peningkatan komen kasar, biadab, kurang ajar dan penghinaan terhadap YDPA dan Raja-Raja yang dilakukan oleh, biasanya pemuda pemudi Cina, di media sosial. Tiada pula tindakan diambil terhadap mereka.

Adakah ini kegagalan polis atau Peguam Negara atau dasar Kerajaan PH? Kebebasan bersuara ada hadnya. Orang yang tidak tahu, tidak peduli atau tidak menghormati had kebebasan atau memang biadab dan kurang ajar tidak sepatutnya dibiarkan menyalahgunakan kebebasan itu.

Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara

https://pakdin.my/tag/agong

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

[VIDEO] RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk lindungi hak kanak-kanak Datuk Seri Azalina Othman Said

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

[VIDEO] Serbuan Di Gudang Pembungkusan Barang E-dagang, 37 Warga Asing Ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu dua gudang pembungkusan dan penghantaran barang jualan e-dagang di Jalan Kebun di sini yang dipercayai melindungi serta menggaji pekerja warga asing tanpa izin.

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

[VIDEO] RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk lindungi hak kanak-kanak Datuk Seri Azalina Othman Said

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

[VIDEO] Raja perkenan kabinet baharu Paetongtarn Shinawatra

Raja Thailand telah memperkenankan kabinet 35 anggota yang dicadangkan oleh Perdana Menteri baharu Paetongtarn Shinawatra.

[VIDEO] Barisan kabinet baharu Thailand bersedia untuk pengesahan diraja minggu ini – Paetongtarn Shinawatra

Perdana Menteri baharu Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata beliau telah memuktamadkan barisan kabinetnya dan menjangka untuk menyerahkan pelantikan menteri untuk pengesahan diraja minggu ini.

[VIDEO] Hujan lebat menyebabkan banjir di Pattaya

Beberapa jalan utama dinaiki air dan kereta tersadai di jalan raya ketika hujan lebat menyebabkan banjir kilat melanda kawasan bandar itu lebih tiga jam lewat malam Isnin 2 September 2024.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: