Hishammuddin lega gambar bersama Zahid, Najib, Mohamad matikan spekulasi keluar UMNO - pakdin.my

Gambar Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas presiden Datuk Seri Najib Razak mematikan spekulasi beliau akan meninggalkan parti Melayu itu.

Bekas naib presiden UMNO itu lega gambar tersebut tersebar kerana terlalu banyak spekulasi mengenai langkah politiknya selepas penghijrahan keluar beberapa wakil-wakil rakyat UMNO sebelum ini.

“Orang kata saya nak keluar UMNO masuk PPBM, selepas itu nak jadi setiausaha agung pula, kata saya nak bawa berpuluh ahli Parlimen keluar, tapi sampai sekarang tidak jadi kenyataan,” katanya kepada media ketika berkempen untuk Barisan Nasional di Cameron Highlands hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata hampir setiap hari ada saja spekulasi mengenai pemimpin BN ketika gabungan itu dalam proses pemulihan selepas kekalahan pada pilihan raya umum lalu.

Hishammuddin memberi bayangan ada pihak tertentu cuba “mencari makan” dengan menyebarkan spekulasi seperti itu.

“Cameron Highlands mungkin jadi pemangkin kepada semua orang. Siapa nak cari makan itu, jangan beri dia ruang,” katanya.

Berita PRK Cameron Highlands
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

UTAMAPILIHAN RAYAHishammuddin lega gambar bersama Zahid, Najib, Mohamad matikan spekulasi keluar UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium