Bukan oren lah tapi ‘peach’, Najib balas status Facebook Khalid Samad - pakdin.my

Agaknya Khalid sama buta warna 😂
…..

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi respons hantaran Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad susulan perang troll antara mereka pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Najib menjelaskan tentang warna baju yang dipakainya ketika turun berkempen dalam PRK Cameron Highlands semalam bukan oren, sebaliknya ‘peach’.

“Baju saya warna ‘peach’, bukan oren,” katanya.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi respons hantaran Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad susulan perang troll antara mereka pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Najib menjelaskan tentang warna baju yang dipakainya ketika turun berkempen dalam PRK Cameron Highlands semalam bukan oren, sebaliknya ‘peach’.
“Baju saya warna ‘peach’, bukan oren,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengakui beliau telah menekan ‘like’ pada hantaran ‘troll’ Khalid pagi tadi kerana Pengarah Komunikasi Amanah itu dilihat tidak berpuas hati dengan hantaran dibuatnya semalam.

“Saya tengok beliau amat tidak berpuas hati dengan ‘posting’ saya semalam sehingga terpaksa membuat beberapa ‘posting’ berturut-turut cuba untuk membalas dendam.

“Kenapa serius sangat, YB menteri? Rilekslah.

“Tak apa. Saya beri sedikit sokongan,” katanya.

Pagi tadi, Khalid menjadikan warna baju yang dipakai Najib semalam sebagai ‘bahan usikan’ dan beliau turut memuat turun gambarnya bersama Ahli Parlimen Pekan ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan.

“Ada yang pakai baju oren nak ‘join’ Amanah ke nak ‘training’ bahu (Penjara) Sungai Buloh? Kalau nak ‘join’ Amanah tu maaflah…kalau (Penjara) Sungai Buloh tu harapan cerah,” sindirnya.

Semalam, gambar yang sama digunakan Khalid untuk menyindir Najib dalam kes konteroversi 1MDB, menerusi hantaran berbunyi; ‘Kenalkan, sebelah kanan saya ni tauke 1MDB. Saja nak bagitau, baik jadi tauke Harapan Coin daripada tauke 1MDB yang rembat duit rakyat’.

Facebook Najib Razak

Berita PRK Cameron Highlands:
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

UTAMANAJIB RAZAKBukan oren lah tapi 'peach', Najib balas status Facebook Khalid Samad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium