#PRKDUNSemenyih: Enam nama calon diserahkan kepada UMNO Pusat - pakdin.my

Seramai enam nama calon telah diserahkan kepada UMNO Pusat sebagai pertimbangan bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. 

Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keenam-enam calon itu melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan golongan profesional yang mampu mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi DUN tersebut. 

“Calon yang dipilih bukan berdasarkan jawatan di UMNO Bahagian (Semenyih) sebaliknya boleh diterima rakyat dan berpotensi untuk menang. 

“Kita yakin pengundi di DUN Semenyih akan menterjemahkan kemenangan BN menerusi undi mereka selepas kecewa dengan Pakatan Harapan (PH) yang gagal mengatasi masalah rakyat seperti harga komoditi yang menurun dan harga barang yang meningkat,” katanya pada sidang akhbar sebentar tadi. 

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, kerjasama menyeluruh akan dilakukan bersama dengan Pas berbanding dua PRK di Selangor sebelum ini dengan penubuhan 
Jawatankuasa Bersama antara kedua-dua parti. 

Ismail Sabri menegaskan ini termasuk dalam penyelarasan gerak kerja dan pelancaran jentera kempen bagi PRK itu. 

“Langkah ini memberikan peluang lebih besar kepada BN untuk merampas DUN Semenyih daripada PH,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Semenyih yang merupakan bekas calon BN bagi DUN Semenyih pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Datuk Johan Abdul Aziz dalam sidang akhbar sama mengumumkan tidak akan bertanding bagi memberikan laluan kepada mereka yang dirasakan lebih layak bagi memenangi PRK DUN itu nanti.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd. Nor, 57,dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac depan sebagai hari pengundian bagi PRK DUN tersebut.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKDUNSemenyih: Enam nama calon diserahkan kepada UMNO Pusat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium