Pokok petai ‘menangis’ tapi aku ketawa - pakdin.my

Siapa yang biasa duduk di kampung era 60an sudah biasa dengan kencing riang-riang yang gemar mendiami pokok petai diwaktu siang hari.

Dahulu selalu dimomokkan sebagai kencing hantu walaupun sebenarnya kami tahu itu adalah kencing riang-riang yang dilepaskan setiap 5 saat oleh setiap ekor riang-riang dan ada pakar mengatakan cecair itu dilepaskan dalam proses mengawan serangga tersebut.

Kejadian ‘pokok menangis’ bukan kali pertama dilaporkan dan dan banyak kali di sahkan sebagai kencing riang-riang.

Riang-riang (reriang) adalah sejenis serangga dalam kumpulan ‘cicadoidea’ dan terdapat lebih 3,000 spesis di seluruh dunia. Reriang akan mengeluarkan bunyi yang nyaring apabila menggerakkan kepaknya.

Riang-riang aktif waktu malam dan suka mendekati cahaya. Waktu siang akan duduk diam secara berkumpulan di pokok dan mengeluarkan rembesan air.

Kali terakhir dilaporkan media mengenai fenomena ‘pokok menangis’ adalah di Tanjung Malim sekitar tahun 2014. Pegawai dari Jabatan Agama Perak terpaksa ditempatkan di situ bagi mengelak upacara pemujaan atau perlakuan syirik.

Orang Asli pun tahu itu adalah cecair yang dikeluarkan oleh serangga.

[adinserter block="1"]

…………
Pokok petai menangis lagi

POKOK petai berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu dikatakan menangis selepas mengeluarkan air seperti hujan renyai sejak Isnin lalu.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ayah Long, 59, berkata, pokok setinggi 30 meter itu adalah milik saudaranya yang tinggal di Gua Musang.

Katanya, kebiasaannya, fenomena itu berlaku dari jam 8 malam hingga 6 pagi.

“Saya menyedari kejadian itu Isnin lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Isyak di surau berhampiran.

“Pada mulanya, saya lihat jalan tar basah dan saya sangka ia berpunca daripada paip bocor.

“Ketika saya melalui bawah pokok itu saya terasa seperti hujan renyai dan apabila diperiksa didapati pokok itu mengeluarkan air dari daun dan dahan.

“Pokok itu mengeluarkan air jernih dan berbau manakala rasanya pula sedikit payau,” katanya hari ini.

Menurutnya, sejak kejadian itu tular di media sosial, kawasan rumahnya menjadi pesta apabila dipenuhi orang ramai yang mahu melihat sendiri fenomena itu.

“Ada juga dalam kalangan pengunjung datang bersama baldi dan bekas air untuk menadah airnya,” katanya.

Sementara itu, penyampai radio Azidi Abdullah, 26, yang tinggal di kawasan berhampiran turut teruja dengan fenomena yang jarang berlaku.

“Sebelum ini, saya difahamkan kejadian sama pernah berlaku di Bunut Susu, Pasir Mas dan mungkin kajian perlu dilakukan untuk mengetahui punca pokok ini boleh mengeluarkan air,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/416313/pokok-petai-menangis-lagi

Pokok petai menangis: Jangan sampai syirik – Mufti Kelantan
http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/pokok-petai-menangis-jangan-sampai-syirik-mufti-kelantan-1.831632

UTAMABERITAPokok petai 'menangis' tapi aku ketawa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium