BERITA #MaluApaBossku tular sehingga ke Korea dan Arab

[VIDEO] #MaluApaBossku tular sehingga ke Korea dan Arab

‘Malu apa Bossku’ ungkapan popular yang sering meniti di bibir rakyat Malaysia.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter dengan nama Jepi telah memuatnaik sebuah klip video memaparkan sekumpulan pelajar kelas berbangsa Korea menyebut ‘Malu Apa Bossku’ sambil ketawa.

Dah merebak ke korea dahh

Lebih menghiburkan, netizen turut berkongsi video yang menunjukkan seorang warga Arab turut menyebut slogan yang sama.

Arab pun sama.

Nampaknya ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ sudah mula ‘menjajah’ masyarakat luar. Tak mustahil satu hari nanti ianya akan dikeluarkan dalam bentuk lagu.

Untuk makluman, sebutan ‘Malu Apa Bossku’ mula menjadi popular selepas video pendek yang tular menampilkan seorang pemuda bersama Datuk Seri Najib. Pemuda tersebut menyebut ‘bosku’ dan disambut Najib dengan ‘malu apa bosku.’

LIHAT video:
https://youtu.be/cdf0IGeCj44

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami