Mahkamah Persekutuan arah PRK bagi DUN Rantau - pakdin.my

Mana-mana wakil rakyat BN yang kena petisyen pilihan raya dengan calon PH elok jangan buang duit bayar peguam. Biar SPR lawan pempetisyen sahaja.

Kita hadap sahaja PRK.
……..

Kerusi DUN Rantau akan menyaksikan pilihan raya susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Mohamad Hasan.

Mahkamah Pilihan Raya itu sebelum ini memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah.

Dalam menolak dua rayuan yang dikemukakan oleh SPR dan Mohamad, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum berkata calon PKR Dr S Streram mempunyai lokus standi untuk memfailkan petisyen itu.

Hakim Malanjum juga memerintahkan SPR dan Mohamad untuk masing-masing membayar kos RM10,000.
[adinserter block=”13″]
Pada 16 Nov lalu, Mahkamah Pilihan Raya di Seremban membenarkan petisyen pilihan raya Dr Streram untuk membatalkan kemenangan Mohamad tanpa bertanding bagi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Hakim mengisytiharkan keputusan bagi kerusi DUN itu tidak sah dan terbatal selepas memutuskan bahawa Mohamad tidak dipilih menurut peraturan sebagai ADUN Rantau.

Beliau menegaskan tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang menyatakan seseorang calon, pencadang dan penyokong perlu mempunyai tag atau pas masuk untuk mengemukakan borang pencalonan.

Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram, seorang pakar bius, dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, disebabkan beliau tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.
[adinserter block=”1″]
Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah untuk membatalkan kemenangan Mohamad dan memohon supaya pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN berkenaan.

Dalam petisyen itu, beliau mendakwa SPR gagal memaklumkan kepadanya semasa mengambil borang pencalonan dan membayar deposit bahawa beliau perlu ada tag nama atau pas untuk masuk ke dalam dewan pada hari penamaan calon.

https://undi.info/negeri-sembilan/r18/n27

UTAMABERITAMahkamah Persekutuan arah PRK bagi DUN Rantau

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium